Pages

2012

Posted by akhmalbe On 15 October 2010 2 comments

Dengan kurniaan dan berkat ALLAH…dimulai dengan menyebut basmallah..dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..semoga artikel ini mudah difahami pembaca..semoga artikel ini menambah kuat pautan pada TALI ALLAH..semoga usaha kita tidak sia-sia bagi orang-orang yang mencari kebenaran…


Keatas junjungan paling agung..juga pemberi syafaat di alam akhirat...Muhammad S.A.W..kaum kerabat keluarga Baginda serta para sahabat,para pengikut sahabat,para pejuang agama Allah,agama ISLAM,tabi'in,tabiat...kepada diri kita sendiri,kedua ibu bapa kita,keluarga kita serta para sahabat kita...seluruh muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia..marilah kita sedekahkan bersama-sama ummulkitab Al-Fatihah...


Adakah benar pada 21 December 2012, merupakan tarikh berlaku kiamat sepertimana ramalan bangsa Mayan? Apakah filem 2012 itu benar-benar menggambarkan bahawa pada tahun itulah kiamat akan berlaku? Bencana seperti itu jugalah yang akan berlaku? Semuanya seolah-olah cuba menganalisa dan merujuk kepada kalendar bangsa kuno Mayan itu..(bila saya sebut kuno ia bermaksud zaman lampau..bukannya kuno, tidak ada teknologi dan tidak bertamadun)..perkara ini juga turut dibahas dan dibincang dimana sebuah forum berkaitan dengan "kiamat pada tahun 2012" dianjurkan, disalah sebuah universiti tempatan...

Saya ingin mengutarakan pendapat saya mengenai hal ini..keterbukaan pembaca amat-amatlah dialukan..saya mungkin betul...anda mungkin salah...saya mungkin salah..anda mungkin betul...saya budak baru belajar..kalau salah..tolong tunjukkan..

Keterangan saya diringkaskan dengan:

1) Saya boleh menerima kiamat akan berlaku pada 2012

Hatta kalau ada orang yang mengatakan kiamat itu, berlaku pada tahun 2013,2014,2015,2016 dan tahun-tahun kehadapan seterusnya...saya akan menerimanya..saya menerimanya sebagai peringatan..biarkan sesiapa pun yang berhujah mengenai ramalan tersebut...saya menganggapnya perkara yang menjadi iman..rukun iman yang kelima jelas meminta umat manusia yang memeluk agama Islam yakin akan kehadiran hari kiamat.

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Jadi tidak kisahlah datang dari mana peringatan itu..hollywood,mayan,yahudi,nasrani,rabbi,alim,ulamak,abid,imam,bilal,pemerintah,kerajaan, parti politik, umno, pas, keadilan, PKR, abim, professor, pensyarah, wahabi, syiah, pengikut imam hambali, imam maliki, imam hanafi, imam syafie, orang melayu,cina, india,bugis,jawa,kulit putih,kulit hitam, semua lapisan masyarakat dan bangsa akan saya lepaskan demi untuk memperdengarkan kepada diri saya tentang ungkapan kiamat...untuk apa diperdengarkan..supaya boleh menggigil takutkan azab akhirat..supaya boleh menangis mengenang dosa lampau..supaya boleh bermuhasabah meningkatkan prestasi..supaya boleh memperelokkan diri demi takwa...sebelum sampai seru ajal..sebelum sampai masa kita tinggalkan dunia ini...semoga amalan kita...serta redha Allah pada kita..menjadi bekal...

2) Saya juga menganggap bahawasanya hari Kiamat itu adalah hari kematian saya.


Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." Al A'raaf (7:187)

Disebabkan tarikh berlakunya hari kemusnahan itu menjadi rahsia milik dan hak bagi Tuhan Pencipta Sekalian Alam...itu menandakan bahawa kita mempunyai had..bila disebut had..sudah tentu ia tidak boleh melebihi sesuatu ketetapan had..oleh itu..ini menunjukkan bahawasanya..tuhan sahajalah yang mempunyai kuasa untuk menentukan bila tarikh hari kiamat tersebut..kalau saudara-saudara, para pembaca..fanatik sangat kepada tarikh kiamat...fikir-fikirkanlah..apakah bila kita berkumpul di padang Mahsyar kelak..yang menjadi ukuran berat timbangan amalan adalah sejauh mana kita mencari dan mengkaji tarikh hari kiamat itu sendiri?

Namun perolahkan sesuatu input itu dengan membawa kepada perkara yang lebih bermunafaat..bagi sesiapa yang fanatik kepada tarikh hari kiamat..kerana itulah perkara yang boleh mendekatkan diri dengan Sang Pencipta..silakan..jangan pernah jauh dari Tuhan-mu...jangan pernah sekalipun...

Definasi kiamat itu sendiri terekandung banyak maksud dan sudut..hari kiamat dikaitkan dengan kemusnahan, bencana alam, kerosakkan, kehancuran, malapetaka, kematian, kesengsaraan dan banyak lagi..Jadi lebih mudah bagi saya menganggap hari kiamat adalah hari kematian saya..persoalan yang berbangkit mengenai kematian adalah..adakah kita boleh melepaskan alam dunia..untuk mendapatkan alam akhirat...? sudah tentu jalannya bukan mudah..semoga Allah memberi karunia-Nya..dan kekuatan kepada kita...

3) Ramalan-ramalan sebelum datang hari kiamat

Mungkin ramai tertanya..bagaimana untuk kita tahu..datangnya hari kiamat itu? bagaimana kita hendak mengenal..bahawa era zaman yang kita hidup ini..adalah era peradaban sejarah dunia..yang akan menjadi titik noktah untuk semua kahidupan dunia..lalu bermulalah kehidupan akhirat? jawapan saya...orang yang boleh merasa dunia ini hampir kiamat..orang yang mendapat "NUR" didalam hati mereka..kenapa?



Mari kita ambil contoh kembalinya nabi ISA..saya kurang gemar menyebut "TURUNNYA NABI ISA"..maklum sahajalah..maksud literal "TURUN" itu sendiri mestilah merujuk sesuatu dari kawasan yang lebih tinggi...kemudian bergerak ke kawasan yang lebih rendah..mengikut teori tarikan graviti yang mudah..semuanya akan kembali ke bawah (permukaan tanah)..dengan maksud literal itulah..pengikut-pengikut Dajjal membuat tipu daya dan kaitannya ialah UFO..Jadi ketua kepada mahluk UFO adalah nabi ISA..agak mengarut bukan..."AWESOME DECEPTION"..nampak macam perancangan yang sia-sia..tetapi mudah dilakukan kerana umat dunia...umat yang bermasalah...umat yang tinggi ilmu teknologi..tetapi rendah ilmu spiritual...tamadun yang kononnya gah ini..akan dimusnahkan sendiri oleh umat sebegini...


Berbalik kita kepada Nabi Isa, antara tanda-tanda besar kiamat ialah kembalinya Baginda..bagaimana untuk kita mengenal Nabi Isa...dan menjadi pengikut Baginda..? sedangkan ketika dalam keadaan itu..zaman itu..pandangan ketika itu...Dajjal adalah Nabi Isa...dan Nabi Isa adalah Dajjal..hanya dengan "NUR" dari Tuhan kepada hamba-Nya sahajalah yang dapat menentukan siapa Nabi Isa..dan siapa pula Dajjal...

Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya la'nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta Ali 'Imran (3:61)

Ini menurut pandangan Sheikh Imran Husin...untuk "pemodenan" pandangan kita...kiamat akan berlaku apabila...

1) Amerika Syarikat bankrupt, jatuh muflis.

2) US Dollar akan mengalami kejatuhan nilai pegangan dan berterusan sehingga menjadi tidak bernilai langsung. Jadi semua duit kertas yang ada diatas muka bumi ini..termasuklah RINGGIT MALAYSIA akan jadi betul-betul kepingan kertas.Ketika itu siapa yang mempunyai simpanan emas..dialah yang paling kaya..

3) Bangunan markas PBB berpindah ke tanah suci negara Israil. (mungkin Tel Aviv)

4) Gereja Katholik ROM dipindahkan berdekatan dengan Al-Aqsa. Pope akan mengiringi takhta kerajaan Dajjal.

5) Perang dunia ketiga yang akan berlaku..antara Zionist menentang Iran dan Afghanistan. Hasil perang dunia ketiga inilah..zionist memiliki seluruh Palestin dan Jordan.

Lebih baik berdiskusi dan berbahas dengan orang yang peduli tentang hari kiamat..daripada orang yang langsung tidak kisah tentang kiamat..iaitu orang yang hanya kisah DUNIA... -adab perbicaraan-

Kemudian Allah menghinakan mereka di hari kiamat, dan berfirman: "Di manakah sekutu-sekutu-Ku itu (yang karena membelanya) kamu selalu memusuhi mereka (nabi-nabi dan orang-orang mukmin)?" Berkatalah orang-orang yang telah diberi ilmu:[821] "Sesungguhnya kehinaan dan azab hari ini ditimpakan atas orang-orang yang kafir" An Nahl (16:27)

[821]. Yang dimaksud dengan orang-orang yang diberi ilmu ialah: para malaikat, nabi-nabi dan orang-orang mukmin.



Sekian.

2 comments:

Bijen M. said...

Jangan simpan duit banyak-banyak dalam bank.
Berbelanjalah di jalan Allah SWT.
Untung dunia untung akhirat.
He he he.

Anonymous said...

setuju!!!

Post a Comment