Pages

Saat yang tetap berlaku

Posted by akhmalbe On 09 October 2010 1 comments

Dengan kurniaan dan berkat ALLAH…dimulai dengan menyebut basmallah..dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..semoga artikel ini mudah difahami pembaca..semoga artikel ini menambah kuat pautan pada TALI ALLAH..semoga usaha kita tidak sia-sia bagi orang-orang yang mencari kebenaran…

Keatas junjungan paling agung..juga pemberi syafaat di alam akhirat...Muhammad S.A.W..kaum kerabat keluarga Baginda serta para sahabat,para pengikut sahabat,para pejuang agama Allah,agama ISLAM,tabi'in,tabiat...kepada diri kita sendiri,kedua ibu bapa kita,keluarga kita serta para sahabat kita...seluruh muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia..marilah kita sedekahkan bersama-sama ummulkitab Al-Fatihah...

Tempoh hari lalu..saya melihat dia teguh berdiri menghadap kami..saya melihat dia..tenang dan bukan gusar..senyuman tidak pernah padam..dan ilmunya menjatuhkan saya kembali rindu dalam pengembaraan...terima kasih atas kiriman-MU...=)

Saya masih ingat hujah-hujah yang disampaikan...kuat ditelinga..

1) Cerita seorang penduduk syurga..bahkan semua tahu apa itu syurga dan nikmat didalamnya...bagi sesiapa yang mencari tuhan mereka..pasti mengharapkan diri mereka masuk ke dalam syurga..barangkali mungkin sebab bukan hendakkan kemewahan dan kenikmatan syurga yang tidak pernah puas itu sendiri...tetapi mungkin kerana azabnya siksa api neraka yang mengikut ustaz budak (nama panggilan)..tengok muka malaikat yang menjaga neraka itupun, iaitu malaikat Malik Zabaniah...kita pengsan langsung untuk tempoh 300 tahun kerana ketakutan yang amat dahsyat....



Kemudian suatu hari..hamba ALLAH ini yang telah duduk mewah dalam syurga...tiba-tiba terbau satu haruman yang paling sedap..paling wangi..yang tidak pernah dia bau sepanjang dalam kehidupan dia...yang tidak pernah dia bau sebelum ini..hatta dalam syurga itu sekali...jadi oleh sebab ingin tahu dari mana datangnya bau itu..dia bertanya kepada malaikat..."dari manakah datang haruman ini ya malaikat?"... malaikat menjawab "itulah haruman dari satu tingkatan syurga atas daripada syurga yang kamu diami sekarang".."apakah yang membuatkan dia menduduki syurga yang sekarang ini satu darjat lebih tinggi daripada syurga yang aku diami ini?" tanya lelaki itu..malaikat menjawap "beza amal yang kamu lakukan..kerana dia...dalam perhitungan di hadapan ALLAH...mempunyai satu lebihan zikir "Subhanallah" daripada zikir yang kamu lakukan..."..kesimpulannya...disebabkan satu zikir..darjat manusia di alam akhirat...di angkat kepada suatu kelas syurga yang lebih mulia..mungkin kerana satu zikir yang ikhlas untuk dapatkan redha dari AL-MALIK...kita boleh terselamat dari azab api neraka..

2) Hujahnya sangat saya senangi...dia berkata dengan eloknya bahawa..dunia mudah difahami..tetapi sukar untuk digapai...contohnya mudah..kita tahu dengan mempunyai wang RM 1 juta...kita boleh belanjakan apa sahaja untuk membeli apa sahaja kemahuan kita...tetapi adakah mudah untuk mendapatkan RM 1 juta...ini sebagai salah satu contoh....

Namun akhirat itu..sukar untuk difahami...ikut logik akal manusia ini...tidak mungkin sekali ada orang berfikir mengenai alam yang satu lagi...ini mustahil...kalau tidak kerana nabi yang mengajarkan...mentarbiyahkan..menyampaikan...kita-kitab ALLAH yang diturunkan...pasti perkataan akhirat itu pun kita tidak akan pernah terfikir dan tersebut pada perbualan bicara harian kita..ini kelemahan dan keterbatasan logik akal...lumrah tidak boleh menerima selagi mana tidak kelihatan..tidak dieksperimentasikan...selagi tidak dibuktikan dengan mata kepala sendiri...walaubagaimanapun...akhirat mudah didapati dengan takwa kepada ALLAH..mudah dalam penulisan dan pembacaan..mudah bagi orang yang beriman...definasi orang beriman yang mudah dari pandangan peribadi...adalah percayanya seorang manusia pada ALLAH sang pencipta...lalu dia menghormati ALLAH...dengan melakukan segala amal makruf..meninggalkan yang mungkar...

Amal Tanpa Ilmu Itu Sesat (Nasrani)...Ilmu Tanpa Amal Itu Kufur (Yahudi)..semoga kita tidak tergolong dalam kumpulan yang jauh menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar ini...

Saya ambil terjemahan ini dari buku AL-QURAN dari surah AL-BAQARAH..bermula dari ayat yang ke 76 hingga ayat ke 79...

2. Al Baqarah

76. Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata:" Kamipun telah beriman," tetapi apabila mereka berada sesama mereka saja, lalu mereka berkata: "Apakah kamu menceritakan kepada mereka (orang-orang mukmin) apa yang telah diterangkan Allah kepadamu, supaya dengan demikian mereka dapat mengalahkan hujjahmu di hadapan Tuhanmu; tidakkah kamu mengerti?"[66]


[66]. Sebagian Bani Israil yang mengaku beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w itu pernah bercerita kepada orang-orang Islam, bahwa dalam Taurat memang disebutkan tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Maka golongan lain menegur mereka dengan mengatakan: "Mengapa kamu ceritakan hal itu kepada orang-orang Islam sehingga hujjah mereka bertambah kuat?"

77. Tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah mengetahui segala yang mereka sembunyikan dan segala yang mereka nyatakan?

78. Dan diantara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga[67].


[67]. Kebanyakan bangsa Yahudi itu buta huruf, dan tidak mengetahui isi Taurat selain dari dongeng-dongeng yang diceritakan pendeta-pendeta mereka.

79. Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.



Sekian..

1 comments:

Anonymous said...

bagus...penuh dengan pengisian dan peringatan =p teruskan usaha anda...

Post a Comment