Pages

Mongol juga Yakjuj Makjuk

Posted by akhmalbe On 15 August 2010 3 comments




Dengan kurniaan dan berkat ALLAH…dimulai dengan menyebut basmallah..dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..semoga artikel ini mudah difahami pembaca..semoga artikel ini menambah kuat pautan pada TALI ALLAH..semoga usaha kita tidak sia-sia bagi orang-orang yang mencari kebenaran…

Keatas junjungan paling agung..juga pemberi syafaat di alam akhirat...Muhammad S.A.W..kaum kerabat keluarga Baginda serta para sahabat,para pengikut sahabat,para pejuang agama Allah,agama ISLAM,tabi'in,tabiat...kepada diri kita sendiri,kedua ibu bapa kita,keluarga kita serta para sahabat kita...seluruh muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia..marilah kita sedekahkan bersama-sama ummulkitab Al-Fatihah...

"Beruntung betul aku ini" demikian ayat yang sering saya ucapkan kepada diri saya, kerana sebelum ini saya terlalu fokus kepada subjek Dajjal sehingga saya lupa bahawa tujuan Imam Mahdi diturunkan. Anda tahu apakah tugas utama Imam Mahdi?? Membunuh tentera Yakjuj dan Makjuj. Tapi persoalannya saudara, apakah sumber peralatan kekuatan tentera Yakjuj Makjuj ini?? Dimana pula lokasi pengakhiran perang dimuka bumi ini wahai saudara-saudari sekalian?? Anda hendak berkata ini tidak penting. Dan biarkanlah masa yang menentukan, anda hendak mendengar kata-kata Sheikh Imran Hussein, "if you want to keep waiting...just wait...just wait" ini bukan pesanan, tetapi sindiran. Sindiran bahawa orang Islam sudah tidak mempedulikan hadis Nabi Muhammad SAW tentang tanda-tanda hari kiamat. Ayat ini berat, tetapi bagi sumber rujukan saya sesiapa yang membelakangkan hadis mereka membatalkan syahadah. Sumber rujukan, "50 masalah penting dalam agama dari tinjauan hadis sahih dan dhaif" penulis asal Ibnu Qayyim Al Jauziah penterjemah kepada Abu Tobariya Al-Hafiz. Anda ingat lafaz syahadah?? "Sahaja aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah...dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah" jangan anda lupa, tanpa lafaz "Nabi Muhammad SAW" itu syahadah anda tidak diterima pakai (invalid).

Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, iaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk." (7:158) Al A'raaf

Seperti biasa, tujuan blog ini diterbitkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata untuk mengenal musuh agama kita. Musuh yang saya maksudkan ialah agama yang menyembah syaitan. Saudara agama Islam ialah agama yang menyembah Tuhan, Tuhan yang MAHA ESA. Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Tuhan yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkandan tidak ada seorang pun yang setara dengan-NYA...iaitu tidak lain tuhan itu ialah Allah. Sumber rujukan perenggan ini: Al-ikhlas (112:1-4).

Saudara, pernahkah anda terfikir bahawa sebenarnya Yakjuj Makjuj itu manusia?? yang mempunyai fikrah yang sama sepertimana manusia lain. Bukannya binatang ataupun makhluk ataupun segala bentuk benda hidup yang ganjil seperti hantu atau jembalang ataupun jin serta pernahkah terlintas di fikiran kita Yakjuj Makjuj itu syaitan yang menyerupai haiwan. Mungkin banyak lagi persepsi kita tentang Yakjuj dan Makjuj ini. Adakah anda mengetahui kenapa kita menggambarkannya sebegitu rupa?? Tetapi bukannya manusia. Ini, kerana sewaktu kita kecil benda yang jahat semua adalah karakter selain manusia tetapi makhluk lain seperti haiwan, raksasa atau alien. Ya betul, kita telah disihir oleh rancangan kartun di televisyen. Siapa yang membuat televisyen wahai para pembaca yang bijaksana sekalian??? Tentulah orang-orang dari kerajaan Dajjal tetapi dengan bantuan rujukan dari Muhammad Alexander dalam bukunya yang bertajuk "Yakjuj & Makjuj bencana di sebalik gunung" disini saya akan menghuraikan siapa itu Yakjuj Makjuj.

Mungkin terkejut, itulah ekspresi diri yang serba tidak mengetahui sejarah perjalanan tamadun manusia seperti saya ini. Ayuh saya kenalkan anda dengan ayat Allah berkaitan Yakjuj Makjuj dan pada pengakhiran 'post' ini nanti dengan izin-NYA kita dapat menjejak siapa itu Yakjuj Makjuj. Saya akan menyatakan dimana tempat tinggalnya sekarang, ciri fizikal tubuhnya, cara serangannya, kenderaan kegemarannya, bakat handalnya, gemuruh derapan tenteranya. Hal demikian kerana keluarnya Yakjuj Makjuj inilah yang menjadi petanda besar hari kiamat. Ya benar, KIAMAT. Kiamat wahai saudaraku dan tahukah anda semua orang tidak kira latar belakang agama, bangsa,dan negara di seluruh muka bumi ini percaya pada hari kiamat. Barangkali ahli Vatican ataupun Freemasons lebih arif mengenai hal hari kiamat kerana dapat dilihat mereka bekerja keras untuk menghadapi hari kemusnahan tersebut. Jikalau "elit" freemasons ada keimanan pada hari kiamat, bagaimana pula dengan kita?? Adakah anda ingin meragukan?? Kepada mereka yang pertama kali mendengar Vatican dan Freemason, saya menyarankan anda menonton filem pendek hasil produksi Archenaar dan Noregaaa dalam sirinya yang bertajuk "the Arrival" kepada mereka yang telah menonton tetapi gagal untuk menemukan terminologi tersebut, sila ulang tonton semula. Saya begitu tertarik dengan penemuaan mereka dalam siri 'the Arrival' tersebut kerana pada pendapat saya untuk kenal yang hak untuk bersama dalam tentera pejuang agama Allah, kita kena kenal dahulu yang mana satu pihak musuh dan sudah tentu satu pihak lagi. Itulah golongan tentera Allah. Ingat!!! kita berada di zaman dimana "Apa yang kita lihat dan perkara yang sebenar adalah perkara yang berbeza antara satu sama lain".

Inilah mukjizat rasul junjungan Allah, siapa lagi kalau bukan Muhammad SAW. Kata-katanya terpahat kepada semua umat dunia kerana saya percaya tiada seorang pun yang waras dan baligh di atas muka bumi ini tidak percaya kepada hari kebinasaan itu. Hari dimana langit runtuh ke bumi, bintang berguguran, anak yang disusu ditinggalkan (mungkin gejala pembuangan bayi, ini penafsiran peribadi) bahkan orang yang kurang waras pada akalnya yang tidur di kaki lima juga turut menyimpan kisah kiamat itu. Sabda baginda:

"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan datang sehingga kamu melihat sepuluh tanda sebelumnya:
i. Ad-dukhoon (asap atau kabut panas).
ii. Dajjal (pendusta).
iii. Dabbaah (binatang yang akan keluar dari perut bumi).
iv. Terbitnya matahari daripada barat.
v. Turunnya Isa bin Maryam.
vi. Yakjuj dan Makjuj.
vii. Gempa bumi di timur.
viii. Gempa bumi di barat.
ix. Gempa bumi di jazirah Arab.
x. Keluarnya api dari Yaman yang mengiring manusia ke tempat berkumpulnya mereka."

Inilah firman Allah kepada-seluruh umat dunia, surah ke-18 iaitu surah al-kahfi ayat 83-98:
83. Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tantangnya".
84. Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu.
85. Maka diapun menempuh suatu jalan.
86. Hingga apabila dia telah sampai ketempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: "Hai Dzulkarnain, kamu boleh menyiksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka.
87. Berkata Dzulkarnain: "Adapun orang yang aniaya, maka kami kelak akan mengazabnya, kemudian dia kembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya.
88. Adapun orang-orang yang beriman dan beramal saleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan, dan akan kami titahkan kepadanya (perintah) yang mudah dari perintah-perintah kami".
89. Kemudian dia menempuh jalan (yang lain).
90. Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,
91. Demikianlah dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya.
92. Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi).
93. Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.
94. Mereka berkata: "Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?”.
95. Dzulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.
96. Berilah aku potongan-potongan besi." Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain: "Tiuplah (api itu)." Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu".
98. Dzulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar." (18:83-98) Al Kahfi.


Dalam surah al kahfi pada ayat ke-94, perhatikan semula ada tiga kata kunci yang tidak pernah ada kandungannya dalam mana-mana rujukan buku agama diatas muka bumi ini. Pertama Dzulkarnain. Kedua Yakjuj dan Makjuj. Ketiga dinding (diperbuat daripada besi). Ya memang betul saudara, tiga kata kunci yang tidak pernah ada pada mana-mana kitab agama di dunia ini tetapi dijelaskan dalam satu ayat Al-Quran. Allah Maha Besar dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah. Sekiranya ada yang cuba mencabar bahawa ianya ada pada buku utama agama didunia ini selain daripada Al-Quran dalam satu ayat. Silakan kita bertemu , saya sanggup berhadapan kamu.

Bagaimana pula sebab yang menjadi mengapa turunnya ayat Al-Quran surah Al-kahfi yang menerangkan tentang siapa itu Yakjuj Makjuj?? Turunnya ayat suci ini kerana terdapat pertanyaan dari pihak Pendeta Yahudi kepada Nabi Muhammad SAW, mereka percaya bahawa mereka (Pendeta Yahudi) mempunyai ISO (international standard) untuk menentukan bahawa adakah Nabi Muhammad SAW itu nabi utusan Allah yang benar atapun lelaki yang bernama Muhammad itu nabi palsu. Lalu Pendeta Yahudi berkata-kata dengan dialog, "Sekiranya Muhammad mampu menjawab soalan ini, Muhammad benar-benar nabi yang diutus. Jika Muhammad tidak mampu menjawabnya, Muhammad adalah pendusta". Mereka menghantar utusan kepada Nabi Muhammad tentang tiga soalan rahsia semesta alam. Jika soalan ini berjaya dijawab memang benarlah khabaran Muhammad itu utusan Allah, "Tanyakan kepadanya tentang beberapa pemuda yang pergi pada zaman dahulu (pemuda Ashabul Kahfi), bagaimana cerita tentang mereka itu? Sesungguhnya mereka mempunyai cerita yang menarik. Tanyakan pula tentang seorang lelaki yang suka mengembara hingga mencapai belahan bumi di timur dan barat, bagaimana ceritanya? Tanyakan pula kepadanya tentang roh, bagaimana ia? Jika ia memberikan jawapan kepada kalian maka ia benar-benar seorang nabi, maka ikutilah dia”. Sumber dari Muhammad Ali Ash-Shabuny (2001) Cahaya Al-Quran tafsir tematik serah Al-Kahfi - Al-Mukminun diterjemahkan oleh Kathur
Suhardi.

Siapakah Dzulkarnain itu?? Beliau adalah seorang raja, penguasa muka bumi. Perlu diingat Dzulkarnain bukanlah nama raja itu tetapi gelaran kepada raja itu dalam versi arabnya "Karn" bermaksud tanduk juga bermaksud kurun ataupun zaman. "Karnain" bermaksud dua tanduk dan dua zaman. Jadi dari segi bahasanya Dzulkarnain membawa maksud "pemilik dua tanduk" dan juga "penguasa dua zaman". Dzulkarnain mempunyai kuasa yang cukup hebat, dialah penguasa Arab dan Islam yang beriman dan taat pada perintah Allah. Tenteranya sangat kuat dan mahir berperang. Dzulkarnain juga raja dan panglima tentera perang yang gagah dan sangat luar biasa daripada semua bala tentera yang wujud dimuka bumi ini dengan izin Allah semua matlamat Dzulkarnain dapat dicapai, dimana tanah yang menjadi idaman dengan mudah dapat dikuasai. Beliau juga adalah penguasa dan pemerintah dunia. Didalam sumber puisi Arab, nama Dzulkarnain bukan asing lagi. Ketika Dzulkarnain mengerjakan haji, Nabi Ibrahim pergi mengunjungi Dzulkarnain.

Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan, (18:93) Al Kahfi. Pada perjalanan beliau ke suatu pengembaraan dimana terletaknya kawasan dimana penduduknya berpenghuni di antara dua buah gunung Dzulkarnain tidak dapat memahami bahasa pertuturan kaum tersebut. Ini jelas menunjukkan kaum di antara dua gunung yang dijumpai oleh Dzulkarnain itu adalah bangsa yang tidak pernah keluar bercampur dengan bangsa lain. Kaum ini juga tidak pernah berdagang ke kawasan lain, uniknya tentang kaum di antara dua buah gunung ini mereka mempunyai sumber mineral yang banyak dan mereka menghasilkan besi dalam kehidupan seharian mereka. Oleh sebab tidak tahan dengan kaum Yakjuj Makjuj itu lantas kaum itu meminta Dzulkarnain membina tembok, tetapi mengapa tembok?? Mengapa kaum itu tidak mahu meminta sahaja Dzulkarnain agung itu membunuh Yakjuj Makjuj, ini kerana Allah tidak mengizinkan tentera Dzulkarnain membunuhnya dan kerana itu bukan hak Dzulkarnain.

94. Mereka berkata: "Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?".
95. Dzulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.
96. Berilah aku potongan-potongan besi." Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain: "Tiuplah (api itu)." Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu".
98. Dzulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar." (18:94-98) Al Kahfi

Persoalan terbaru, dimanakah terletaknya dinding besi yang dibangunkan oleh Raja Agung Dzulkarnain itu?? Adakah kita masih lagi melihatnnya pada hari ini?? Jawapannya ialah dinding besi itu terletak di pergunungan Kaukasus. Lebih terperinci lagi, perenggan ini saya ambil dari buku "Yakjuj Makjuj Bencana disebalik gunung” pada halaman 268 dan 269.

||berdasarkan informasi ini, dapat diketahui di dalam rangkaian pergunungan Kaukasus, terdapat dua laluan tembus yang menghubungkan antara kawasan utara (Eurasia) dengan kawasan selatan (Timur Tengah), dua jalan tembus ini adalah:

Pertama: terletak di tengah-tengah pergunungan Kaukasus yang disebut Darial atau "Kreuzberg pass". Gerbang ini adalah laluan yang dilalui gerombolan Yakjuj Makjuj Cimmeria.
Kedua: Dihujung timur pergunungan Kaukasus, terletak diantara Kaukasus dengan Laut Kaspia iaitu di Derbent, dikenali sebagai "gerbang Kaspia. Gerbang ini adalah laluan yang dilalui oleh gerombolan Yakjuj Makjuj Scythia dalam upaya mengejar Cimmeria:
Erti "der-bend" adalah pintu (the door) penutup jalan lintasan (the strait) atau gerang kauksus (gate of Caucasus).

Darial menurut sejarah adalah salah satu laluan yang penting sebagai jalan tembus yang tersedia dan lama terbina, iaitu paling tidak sejak tahun 150 s.m. Laluan sempit ini adalah penghubung antara daratan rusia di utara kaukasus dengan georgia di selatan kaukasus. Runtuhan sebuah benteng pertahanan kuno masih kelihatan ditempat itu. Benteng darial itu adalah bekas benting orang Rusia (Rusian Fort) yang menjadi pos kawalan milik pertahanan orang Georgia (Georgian military road). Didirikan di hujung utara laluan pada ketinggian 1447m (4746 kaki). Jurang itu berupa laluan sempit yang diabadikan dalam puisi orang Rusia, terutama oleh Lermontov dalam judul "the Demon" (syaitan) hingga menjadi suatu tempat yang bersejarah dalam Kaukasus. Lokasi laluan Darial terletak pada koordinat 42 degree 44' 41"N, 44 degree 37' 21"E atau 42 degree 44' 41" Lintang utara, 44 degree 37' 21" bujur timur||

Bagaimana pula dengan generasi Yakjuj Makjuj sekarang, di dalam buku ini bangsa Yakjuj Makjuj mengalami asimilasi dan migrasi oleh disebabkan beberapa faktor. Contohnya peperangan dan juga sumber makanan antara nama lain selain Yakjuj Makjuj yang diberi kepada bangsa perosak ini ialah Tartar, Mongol, Turki, Scythia atau Sitahin, Cimmeria, Hun, Hiongno atau Xiongnu. Bangsa Yakjuj Makjuj ini juga dikenali sebagai Anglo Saxon yang membawa jurai keturunan orang Eropah, manakala Mongol membawa jurai keturunan ke kawasan negara China manakala tartar membawa kepada jurai keturunan di kawasan Turki. Perlu diingat bangsa Yakjuj dan Makjuj adalah lebih liar dari binatang sebagai bukti terdapat gambar fosil tengkorak manusia yang pecah berkecai seperti dipukul dengan objek tumpul selain itu menurut kronologi peristiwa kehancuran kerajaan Nineveh, kita dapat melihat:

1)Nineveh dihancurkan oleh tiga jenis bangsa yang bersatu, tiga bangsa ini terdiri daripada Chaldea Babylon dipimpin oleh Nebopalassar. Anak kepada Nebukadnizzar 1, anak Nebopalassar pula ialah Nebukadnizzar 2, kemudian bangsa Yakjuj Makjuj Scythia dan akhir sekali bangsa Medes yang dipimpin oleh Cyaxares 1.

2)Ketika tiga bangsa ini bersatu melawan Raja Sin Sharishkun pada 612 masihi. Raja Nineveh itu tidak dapat melakukan serangan balas kerana tenteranya sudah habis mati di hancurkan oleh gabungan ketiga-tiga bangsa tersebut dengan perasaan takut dan putus asa, Raja Nineveh itu kemudian mengumpulkan dirinya, isterinya, dayang-dayangnya, semua harta kekayannya berupa emas dan perak lalu dibakar sekali dengan semua isi istana daripada mati di bantai Yakjuj Makjuj. Lebih baik mereka mati membakar diri di dalam istana.

Cara serangan mereka ialah dengan menguasai kawasan tanah tinggi, terdapat juga pandangan dan teori gerombolan tentera Yakjuj Makjuj itu ibarat serangan belalang ke kawasan pertanian. Mungkin di negara kita ini Malaysia, masalah ini terlalu minimum atau barangkali mungkin tidak ada selain kulat, siput dan ulat di Malaysia hanya terdapat penyakit parasit yang menyerang tumbuhan para petani kita. Tetapi di Afrika Timur sebagai contoh, laporan daripada (DLCO-EA) Desert Locust Control Organization for Eastern Asia mendapati serangan belalang cukup dahsyat sehingga boleh menyebabkan masalah kebuluran manusia dan haiwan ternak. Kawanan belalang padang pasir dapat mengandungi, 50 juta ekor belalang berkilometer persegi dari tanah pertanian,padang rumput, hutan atau pertanian dengan sistem perairan. Serangan kelompok kecil belalang satu kilometer persegi, mampu memakan seratus makanan sehari. Didalam fakta yang lain setengah juta ekor belalang dewasa dapat menghabiskan hasil tuaian sebanyak dua tan dalam masa sehari. Perkara ini sangat menggerunkan semua pihak tentang berterusannya bekalan makanan dunia. Serangan belalang mampu menyerang 43 buah negara termasuk Afrika di Lautan Atlantik hingga ke Laut Merah, dan melintasi Timur Tengah hingga ke Pakistan dan India.Sepertimana yang dapat kita perhatikan, negara-negara pengeluar bekalan bahan makanan dunia, terletak di kawasan tersebut. Jadi adakah anda semua masih berfikir bahawa serangan belalang itu merupakan serangan yang remeh?

Jika serangan Yakjuj dan Makjuj diibaratkan seperti serangan belalang, sumber-sumber Islam mencatatkan bahawa:

1."Ketika melewati sebuah sungai Yakjuj dan Makjuj minum airnya sampai habis sama sekali" (direkodkan oleh Ibnu Najah dari Abu Said Al-Khubir).

2."Apa sahaja yang mereka (Yakjuk dan Makjuj) lalui dimusnahkan dan air yang mereka dapati diminumnya" (Hadis Mudhir Bin Ubadah daripada Ibnu Mas'ud).

3.Ketika Yakjuj Makjuj keluar menyerang, kaum Muslimin dan penduduk dunia dilanda kelaparan hebat sehinggakan harga kepala lembu lebih mahal daripada emas.



Bangsa Yakjuj dan Makjuj merupakan juga Bangsa Mongol yang dipimpin oleh Ganghis Khan. Bangsa Mongol ini telah menyerang China dengan menghancurkan Tembok China. Mereka menerobos masuk ke Lembah Sungai Hwang Ho. Saya, pernah menonton sebuah filem khas yang diberi tajuk "Mongol", didalam filem itu saya mendapati beberapa fakta yang melibatkan hal orang Mongol seperti yang diceritakan didalam buku ini.

1."Thunder means our God Pengri is angry. All Mongol are afraid of it". Ini adalah salah satu dialog diantara ketua kumpulan Mongol kepada anaknya. Ini menunjukkan bahawa, Orang Mongol juga percaya kepda Tuhan namun, mereka tidak mahu menerima ajaran Islam walaupun Nabi Muhammad menyeru mereka masuk Islam. Hal ini terjadi pada malam Israk dan Mikraj, baginda diutus kepada Yakjuj dan Makjuj,"Aku menyeru mereka masuk Islam dan beriman kepada Allah tetapi mereka menolak.Mereka akan dimasukkan ke neraka bersama mereka yang tidak beriman daripada kalangan anak cucu Adam dan anak cucu Iblis"

2.Saya dapati bahawa mereka (Yakjuj dan Makjuj) berperang sesama sendiri. Hal ini memang tercatat didalam sejarah Kerajaan Assyria. Dimana, bangsa Yakjuj dan Makjuj berpecah kepada dua iaitu Bangsa Cimmeria dan Bangsa Scychia. Mereka bermusuhan sesama sendiri dengan izin Allah kerana peringatan daripada Nabi Yunus pada penduduk di Nineveh. Mereka (penduduk Nineveh) bertaubat dan tidak mahu menyembah berhala lagi. Mereka mendengar dakwah dan ajaran Nabi Yunus seperti berpuasa dan menyembah Allah yang Maha Esa.


3.Bangsa Mongol Yakjuj dan Makjuj menyerang dari kedudukan tanah tinggi, ini merupakan salah satu strategi Bangsa Yakjuj dan Makjuj. Secara geografinya memudahkan tentera Mongol untuk menawan sesebuah kawasan.

4.Mereka adalah bangsa yang menggunakan kuda sebagai kenderaan utama lebih-lebih lagi didalam peperangan. Fakta sejarah mengatakan, Bangsa Yakjuj dan Makjuj daripada Pergunungan Kaukasus merupakan bangsa pertama yang berjaya menjinakkan kuda. Lantas berjaya menjadikan haiwan tersebutcsebagai kenderaan mereka. Mereka juga mempunyai kemahiran memanah dengan tepat ketika menunggang kuda. Lazimnya, tentera Yakjuj dan Makjuj akan memenggal kepala lawanya dan meminum darah lawannya itu lalu kepala yang dipenggal itu digantung pada tali sekiranya terlalu banyak kepala mereka akan menyiat kulit kepala musuh yang dipenggal kepalanya tadi dan mengambil kulit mukanya sahaja. Mereka perlu melakukan hal tersebut supaya dapat dipersembahkan kepada raja mereka. Para Perwira Yakjuj dan Makjuj akan merasa bangga jika membawa pulang sebanyak mungkin kepala lawanya. Bilangan kepala yang dipenggal tadi mewakili harta rampasan yang akan diperolehi.

Para Evanvgelis dan Zionis menuduh bahawa Yakjuj dan Makjuj itu adalah gabungan daripada Negara-negara Arab muslim dimana Negara-negara Arab Muslim itu akan mengepung Negara Israel. Hal ini ditafsirkan oleh mereka dari kitab Ezekiel 38 dan 39. Adakah ini benar? Tahukah anda sebelum mereka menuduh Yakjuj dan Makjuj itu gabungan negara Arab Muslim, mereka terlebih dahulu menuduh tentera Hitler sebagai Yakjuj dan Makjuj. Apakah permainan yang mereka cuba mainkan?? Persoalanya disini, mereka tidak mempunyai ramalan yang tepat mengenai siapa Yakjuj dan Makjuj. Ini juga menunjukkan bahawa Pendeta Yahudi serta Rabinya sengaja memperalihkan pandangan masyarakat dunia mengenai fakta sebenar siapakah dia tentera Yakjuj dan Makjuj. Kita sebagai umat Islam tidak perlulah merasa khuatir dan terancam dengan tuduhan melulu yang dilemparkan oleh pihak Evanveglis dan Zionis tersebut. Hanok Den Galutyah, 2007 dalam artikelnya yang berjudul "The Republic of Sakha Ancient Israelite Resideu" menyebutkan tentang asal usul suku-suku pengembara nomad. Pengembara nomad dipadang rumput Eurasia, mereka berasal dari garis keturunan Israel berikut pendapat Hanok:

"Pada hari ini ada banyak kelompok etnik Eurasia yang secara tradisional bekas keturunan mereka adalah Bangsa Saka-Scythi. Ini berdasarkan penelitian DNA"

Ramai orang Eurasia pada hari ini adalah keturunan Israil Semit bukan dari Yaphit sebagaimana sering diajarkan para sejarawan Kristian. Jadi tentera Yakjuj Makjuj bukannya gabungan negara Arab Muslim tetapi adalah bangsa Israil itu sendiri. Pada halaman 521 di dalam buku ini anda akan mendapati sub-topik yang bertajuk “amerika syarikat (usa) dan inggeris (uk) keturunan langsung Yakjuj dan Makjuj Scythia”. Hanok sekali lagi menyatakan:

“terdapat bukti menarik penghuni asli benua amerika (utamanya Y-Haplogroup Q) juga mempunyai hubungan dengan bangsa orang Turki. Artikel menyimpulkan: “masyarakat asia tengah kuno yang diantara mereka mempunyai leluhur orang Turki, dikenal telah berpindah tempat atau migrasi dari tanah air mereka di stepa asia tengah dan Siberia ke arah timur, barat utara dan selatan. Berdasarkan hal tersebut juga diketahui rakyat asli amerika telah berpindah tempat dari Asia ke tanah air baru mereka di Amerika beribu-ribu tahun yang lalu”

Memang benar fakta tersebut kerana kerajaan Siberia adalah bekas kerajaan Yakjuj Makjuj Scythia. Kota negara tersebut diberikan secara rasmi oleh kerajaan Assyria dimana gabungan tentera Assyria dan Yakjuj Makjuj berjaya mengalahkan Media atau Medes. Sebagai habuannya raja kerajaan Assyria memberikan tanah Siberia sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada bangsa Yakjuj Makjuj.Seorang pengembara dari negara China daripda Dinasti Ming pada 1421M menyatakan bahawa, dia melihat kawasan benua amerika itu terdapat manusia yang memakan manusia. Inilah jurai keturunan bangsa Yakjuj Makjuj dimana nenek moyang mereka adalah keturunan Anglo Saxon. Bangsa ini seterusnya berkembang dan menjadikan Eropah sebagai tempat baru ketamadunan Yakjuk Makjuj.

Saudara sekalian saya ingin menyatakan lagi mengenai Yakjuj Makjuj ini dari pemahan saya sendiri. Saya tidak kisah kalau ini ditolak memandangkan saya bukanlah pakar sejarah. Namun apa yang dapat saya simpulkan adalah:




1)Bangsa Yakjuj Makjuj sangat suka berperang. Mereka sangat kaya dengan emas dan perak hasil daripada harta rampasan perang. Kehandalan mereka dalam menunggang kuda,memanah dengan tepat,membuat kereta kuda,strategi perang dengan menguasai tanah tinggi,menyerang musuh dengan semangat barbar mereka,dan semangat setia tentera kepada ketua panglima perang mereka menjadikan punca mengapa pasukan mereka pasti melenyapkan segala kemegahan kota yang hendak ditawan. Namun kekuatan mereka itu sering kali diguna pakai oleh pihak musuh. Contohnya ketika Yakjuj Makjuj bergabung bersama kerajaan Asyyria, Media ataupun Medes yang menjadi musuh raja Assyria merancang strategi bagi menjatuhkan tamadun mereka. Apakah rancangan tersebut? Tentera Assyria telah mengajak sebahagian tentera Yakjuk Makjuj dan panglima perangnya, meraikan sebuah majlis keramaian. Kononnya hendak menyanjung tentera Yakjuj Makjuj atas kekuasaan mereka di Siberia. Tentera Yakjuj Makjuj telah dibawa oleh tentera Medes ke Babylon. Pihak kerajaan Babylon dan kerajaan Medes telah awal-awal lagi bersatu mengalahkan kerajaan Assyria. Seterusnya setelah tiba di Babylon, penguasanya Nebukadnizzar 2 telah menyediakan jamuan arak kepada tentera Yakjuj Makjuj yang datang sebagai tetamu. Setelah mereka menjamu arak tersebut, maka hilanglah kewarasan akal dan jasad tentera Yakjuj Makjuj serta ketua tentera mereka. Jadi ketika itulah tentera Medes dan Babylon membunuh tentera Yakjuj dan Makjuj sebagai tanda membalas dendam dan sebahagian mereka bersama ketua mereka ditawan dan dipenjarakan untuk tujuan ketenteraan kerajaan Babylon dan kerajaan Medes.

2)Setalah mereka ditawan dan dipenjara oleh gabungan negara Babylon dan Medes, kunjungan bantuan kerajaan Assyria tidak kunjung tiba. Lalu mereka termakan umpan strategi kerajaan Medes dan Babylon lalu mencapai kata putus untuk turut menghapuskan Assyria. Yakjuj Makjuj yang dahulunya berpihak kepada Assyria kini memberontak dan menjatuhkan kerajaan Assyria. Maka ketika Yakjuj Makjuj “melanggar” kota Assyria,maka terhapus lenyaplah tamadun kemegahan dan kegimilangan Kerajaan Assyria yang berusia ratusan tahun itu diatas muka bumi serta tidak pula dapat bangkit kembali kerajaan Assyria.

3)Daripada rentetan perjalanan sejarah Yakjuj Makjuj dapat disimpulkan bahawa Yakjuj dan Makjuj merupakan bangsa yang kuat dalam peperangan. Mempunyai kuasa menakluk walau apa jua negara. Namun mereka boleh dimanipulasi oleh pihak lain bagi mencapai matlamat pihak tersebut. Persolannya sekarang, pada abad ini apakah negara yang menguasai kuasa besar dunia,mempunyai teknologi ketenteraan yang berukuran 20-30 tahun lebih maju dari mana-mana negara dunia dan menyerang negara-negara teluk minyak dunia untuk meraih keuntungan trillion tong “emas hitam”? Sudah tentu Amerika Syarikat. Kehebatan New York sahaja mampu menggulingkan seluruh sistem ekonomi negara dunia kerana bandar itu merupakan bandar kapitalis dunia. Wang simpanan anda didalam poket ataupun didalam bank hanyalah bernilai kertas hasil daripada tindakan New York. Yakjuj Makjuj mempunyai rampasan perang berupa emas dan perak yang cukup banyak. Bagaimana pula dengan Federal Reserve? Bukankah Federal Reserve itu badan kerajaan Amerika yang menakutkan rakyat Amerika tentang nilai jatuhan emas sehinggakan mereka berbaris panjang memberi emas mereka kepada Federal Reserve dan ditukar dalam bentuk bon saham dan duit kertas.

4)Jika Yakjuj Makjuj sekarang ialah majoritinya berketurunan dari negara Amerika sekarang, pihak mana pula yang memanipulasi bangsa Yakjuj Makjuj ini???

Sebelum artikel ini berakhir, saya ingin mengucapkan kepada seluruh umat islam dunia amnya dan umat islam Malaysia khususnya, selamat menjalani ibadah puasa dengan cemerlang. Jadikanlah ibadah puasa sebagai bentuk latihan memuhasabah diri lalu dimana cacat cela dan kekurangannya kita perbaiki,yang kurang ditambah dan yang kurang baik diperelokkan lagi. Ini bukanlah bermaksud bahawa di bulan puasa sahajalah kita dikehendaki membuat amal kebajikan. Di bulan yang lain pula kita tidak perlu membuat amal kebajikan. Tidak sama sekali. Bahkan tuntutan agama Islam adalah, hari ini mesti lebih baik daripada hari semalam. Perubahan diri kepada karakter positif yang istiqamah pada bulan Ramadhan tahun ini, akan mempengaruhi prestasi bulan-bulan yang seterusnya sehingga jumpa lagi kepada Ramadhan seterusnya pada tahun depan. Seterusnya kita akan mencapai prestasi macro dimana, tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Bukankah cita-cita seorang hamba yang taat kepada Allah ialah mati dalam keadaan mengerjakan amal soleh dan meninggalkan perkara mungkar. Bersahurlah kerana terdapat rahmat yang banyak kepada orang yang bersahur.

(Yaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka," (yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur (3:16-17) Ali 'Imran

3 comments:

Anonymous said...

Tulisan yang menambah minda, teruskan..
Ada buku baru dari penulis Muhammad Alexander, tajuknya: "ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN: Pembebas Barat & Timur, Pembina Tembok BEsi Yakjuj Makjuj"
Dalam buku tu dijelaskan ilmiah Siapa itu Zulkarnain, lokasi Yakjuj Makjuj dan Lokasi Tembok Besi. Tembok BEsi yang dibina Alexander/Iskandar Zulqarnain ternyata ada di Pergunungan Ferghana di Asia Tengah di aliran sungai Naryn-Syrdarya.
Dalam buku itu dikatakan bahwa Yakjuj adalah bangsa Scythian Asiatic (mongol, tartar, xiongnu); dan Makjuj adalah bangsa Scythian Eropa (Saxxon, Hun, Khazar, Alan, Aryanomad)
sila tengok: http://pts.com.my/index.php/buku/alexander-adalah-zulqarnain/
Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya menemukan siapa sebenarnya Zulqarnain, yaitu Raja Alexander the Great (356-323 BC) putra Philips dari Macedonia Greek. Alexander atau Iskandar ini adalah seorang yang beriman teguh kepada Allah SWT, dan bukan seorang yang pagan kafir. Alexander ini telah menjadi korban pengkafiran dari orang-orang yang kurang teliti dalam mengkaji sejarah, maka dalam tahun 2010 ini, kita kaum muslimin dari timur telah menjadi orang pertama yang berjaya menemukan Zulkarnain Quranic.
sila baca sampai habis buku itu, InsyaAllah akan paham, semua misteri dalam surat al Kahfi akan terbongkar dalam buku ini..

akhmalbe said...

terima kasih atas cadangan anda...saya akan mencari buku tersebut..semoga mencari ilmu itu menjadi redha Allah kepada kita..amin =)

Anonymous said...

afwan akhi... coba lihat videonya di block oleh video yg berbau pornografi....

Post a Comment