Pages

"Counter attack" yang harus diperdengarkan

Posted by akhmalbe On 25 July 2010 1 comments



Di dalam kehidupan kita ini tidak lepas daripada sebarang rintangan dan permasalahan, antara yang menjadi isu ialah lambakan aktivis beragama Kristian yang cuba menganggu akidah umat Islam pada hari ini..mereka terlatih dan sangat arif mengenai al-Quran..mereka juga tahu hasil daripada usaha the hidden hand,THH berjaya melakukan 'sihir' kepada semua umat dunia tidak mengira agama dan latar belakang bangsa untuk lupa tentang sejarah dan agama mereka dan ditukar dengan sejarah,kehidupan,pengangan,amalan dan budaya baru yang keseluruhannya sama..mungkin agak sukar unruk difahami tetapi konsepya mudah.

1)"sihir" anda dengan "modern western civilization"
2)membentuk satu standard kesamaan bagi seluruh umat dunia..ini bermakna walaupun pada dasarnya mereka berbeza negara dan bangsa serta agama mereka akan beralih kepada satu standard rekaan "satanisme"..anda mungkin berkata saya gila..tetapi itu lah kekuatan sihir mereka..apabila ada orang mendedahkan rahsia keji syaitan mereka..orang awam akan kata orang itu gila..ahli Vatican juga akan gelak apabila orang ramai berkata begitu..sebab gelak itu ialah sebenarnya tawa riang yang puas..tanda "project" mereka berjaya..lagipun jangan anda tidak tahu..kalau bukan Yahudi..mereka anggap kita ni "mahluk berkaki dua yang darahnya halal tumpah di atas muka bumi"

Anda mungkin pernah terbaca artikel saya mengenai "goal" syaitan..matlamat mereka "Menghapuskan kitab Injil atau "Holy Bible" tanpa membakarnya"..itu mereka sudah berjaya..buktinya beli buku "The choice"..dialog diantara Islam dan Kristian hasil daripada buah tangan Ahmed Deedat, al-Fatihah untuk beliau..

Beliau sangatlah mahir berpidato..dan hujahnya selalu mematahkan kata-kata bishop dan segala musuh-musuh Kristian yang cuba mengatakan itu dan ini mengenai ajaran mereka..apa yang boleh saya rumuskan Bible yang ada sekarang hasil kerja tangan-tangan manusia yang merosakkan firman ALLAH..hujah saya mengenai itu Insyaallah saya akan tuliskannya pada artikel yang mendatang..

Didalam buku "The Choice" ini anda akan mendapat satu ayat,yang boleh anda gunakan sebagai senjata rasmi kita untuk menjadikan ayat tersebut "counter attack" kepada pendakwah kristian yang cuba memperdaya anda...alhamdulilah saya juga telah mengahafalnya dan semoga saudara semua turut cuba menghafalnya dan demikian semoga keimanan kita bertambah kukuh dan kita tidak menyerah kepada pendakwah Kristian yang beranggapan kita lemah.TIDAK!!! khususnya umat Islam Malaysia tidak lemah!!! anda (pendakwah Kristian) silap !!!...dengan izin ALLAH pencipta alam...dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata."
"(61:6) Ash Shaff

Anda katakan ini kepada mereka yang percaya dan taat kepada nabi Isa..iaitu orang-orang Kristian..dan kini anda mempunyai 3 hujah yang sangat mampan..

Hujah 1 "aku (isa putera maryam) adalah utusan Allah kepadamu"
Hujah ini menegasakan kepada mereka isa bukanlah anak tuhan..mereka sangat derhaka dan ALLAH murka untuk orang yang menyatakan isa anak tuhan..

Wahai Ahli Kitab (yahudi dan nasrani), janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.(4:171) An Nisaa'

Konsep tuhan "trinity" kamu telah ditolak!!

Hujah 2 "Membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat,"
Hujah ini menegaskan kepada semua umat dunia bahawa nabi isa datang bukan membawa ajaran baru..

Ini adalah hujah untuk mematahkan nabi terakhir bukanlah isa tetapi muhammad..di dalam kitab Deuteronomy Fasal (kitab kelima terpenting agama Kristian) 18 ayat 18...

Terjemahannya "Seorang nabi akan kubangkitkan bagi mereka antara saudara mereka seperti engkau ini;aku akan menaruh firmanku dalam mulutnya dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang ku-perintah kepadanya"..

Penganut Kristian percaya ayat ini difirmakan tuhan bagi merujuk kepada nabi Isa..dan bukannya Muhammad..anda tanya mereka..mengikut ayat ini..apa hujahnya nabi Isa sama dengan nabi Musa...mereka akan menjawab..yang pertama adalah mereka berdua mempunyai persamaan sebagai rasul..yang kedua mereka adalah utusan ALLAH..kemudian anda tanya mereka lagi..hujah yang seterusnya?? mereka akan menjawab..TIDAK ADA!!!!

tetapi tahukah anda berapa fakta mengenai terjemahan kitab Deuteronomy itu??...penganut Kristian percaya dengan penuhnya...
1)Isa dianggap sebagai tuhan..musa tidak..muhammad tidak

2)Isa pergi ke neraka selama 3 hari tetapi musa tidak..Muhammad tidak

3)Isa mati untuk menghapus dosa...musa tidak..muhammad tidak

4)Isa tidak mempunyai bapa..Musa ada bapa..Muhammad ada bapa

5)Isa lahir tanpa bapa dan ia sungguh pelik..Musa dan Muhammad lahir dengan keadaan kejadian "normal"..

6)Isa mati dalam keadaan bujang..walaupun sebenarnya itu bukan Isa

Dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. (4:157) An Nisaa'

tidak mengapalah kalau mereka masih lagi berdegil..jom kita "counter" hujah mereka..dengan izin ALLAH hatinya terbuka menerima islam..nabi musa berkahwin dan melahirkan zuriat..begitu juga muhammmad...

7)"membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat" itulah tugas Isa menyambung ajaran nabi musa..tetapi Musa dan Muhammad membawa ajaran yang baharu...membawa hukum dan aturan baharu..

8)nabi Isa bukan raja atau pemerintah..tetapi Musa dan Muhammad memerintah..bunktinya ada dalam bible john (18:36)

"kerajaanku bukan dari dunia ini.jika ia kerajaanku pasti hamba-hambaku telah melawan,supaya aku jangan diserahkan kepada orang-orang yahudi,akan tetapi kerajaanku BUKAN DARI SINI"

9)nabi Isa masuk syurga..duduk sebelah kanan bapa tuhan..tetapi jasad nabi Musa dan Muhammad tertanam di bumi

10)Isa mati disalib (kepercayaan mereka)..tetapi nabi Musa dan Muhammad wafat dalam keadaan wajar.."tidak di salib"..

Sekarang katakan kepada mereka..masih lagikah anda berpendirian nabi Isa seperti Musa??? ataupun sekarang baru kamu sedar nabi yang dimaksudkan yang akan bangkit dari kitab Deuteronomy itu ialah nabi Muhammad saw...dan bukannya nabi Isa..

*tips..kalau anda hendak "templak" mereka teruskan hujah dengan mengatakan nabi Muhammad juga utusan tuhan..katakan juga dalam keadaan sopan dan berhemah..untuk menunjukkan kita orang islam ada pekerti seperti nabi Muhammad ajarkan kepada kita..mudah-mudahan kita dapat berdakwah dan membetulkan akidah orang kristian..dengan izin ALLAH pasti..

Hujah 3 "memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)"

katakan jikalau penganut kristian percaya pada isa..kenapa tidak mahu ikut kata nabi isa...tuhan memilih itusan-Nya, tuhan memilh umat-Nya...didalam kerajaan spiritual tidak ada bangsa menyerupai bangsa yahudi dan musa meratap menghadapi kaumnya..

Bible ulangan (31:27)
"kerana aku mengetahui pembangkanganmu dan kekakuan tengkukmu.lihatlah selagi aku hidup bersama-sama dengan kamu,kamu sudah menjadi pembangkang terhadap tuhan..lebih-lebih lagi nanti sesudah aku mati"

Bible ulangan (9:24)
"bahkan kamu menentang tuhan sejak aku mengenal kamu"

dan dalam yang lain Bible John (1:11)
"dia (Isa) datang kepada milik kepunyaannya tetapi orang-orang kepunyaan-Nya itu tidak menerimanya"...

Sekali lagi saya ingin menekankan ketika berhadapan dengan pendakwah Kristian..dengan tenang bacakan ayat (61:6) Ash Shaff bersumberkan al-Quran..sambut mereka sebagaimana tetamu..hormati tetamu kitakan itu satu tauuladan nabi..senyum dan pastikan kita meminta pertolongan ALLAH untuk melaksanakan tugas kita walaupun pada mata kasarnya mereka yang datang ke tempat kita ingin menyampaikan dakwah kristian..berdiskusi dengan keadaan tenang dan sekiranya mereka mempersoalkan perkara yang lain..tarik kembali ke 3 hujah penting kita itu..anda bacakan penuh yakin dan renung mata mereka..sekiranya mereka masih lagi merapu dan meracau dengan berkata itu dan ini tentang bible dan al-quran..tutup buku kita...dan teruslah tinggalkan mereka... ini juga tidak dikhususkan kepada pendakwah krisrian sahaja..tetapi jika anda mempunyai rakan baik..atau mungkin saudara anda..ALLAH lagi mengetahui..dan percayalah..AYAT-AYAT ALLAH AKAN TERKESAN PADA MEREKA YANG DI DALAM KEGELAPAN MENCARI SINAR YANG MAHA ESA...

1 comments:

Encik Kaiser said...

bagus2x...inilah blog yg berilmu pengetahuan..teruskan lagi usaha anda....

Post a Comment