Pages
Sebelum saya meneruskan penulisan di artikel saya pada kali ini, ingin sekali saya mengingatkan kepada para pembaca bahawasanya saya bukanlah "racist" dan bukanlah tujuan saya ini untuk menimbulkan huru-hara pada negara kita yang aman ini. Cuma ianya adalah luahan peribadi dari diri saya sendiri untuk ingatan saya dan jika anda sebagai pembaca mengambil ingin mengambil intipatinya, amatlah dipersilakan.
Disini ingin sekali saya berkongsi suatu pengalaman bersama anda. Ketika sedang asyik duduk di suatu tempat tiba-tiba saya terdengar suatu perbualan diantara seorang pakcik. Pakcik ini saya kenali sebagai seorang pengusaha kebun kelapa sawit yang menjadi tanaman utama, amnya dikawasan selatan semenanjung Malaysia. Saya difahamkan pakcik ini telah mengalami sedikit kerugian akibat hasil buahnya telah dicuri oleh malaun yang tidak tahu hukum halal haram dalam mencari rezeki. Itu satu hal..tetapi ada lagi satu kisah yang berjaya menarik perhatian saya dimana pakcik ini telah menceritakan kepada saya dalam dialog bahasa jawa berbunyi:
Dalam bahasa Jawa Johor:
"Kue delok tow kebone wong cino..apik-apik..kebone ora semak kayu kebono lek wong kito..lek uwoh neh..mening-mening orak kayo wong kito..angger nyawit ae baru diopeni..lek ora..ye ora ngarang..kue delok kepeya de'a jogo kebonanne..setahun bojo ne telung patang kali..lek kebone wong kito..pokok ae ora arep wuoh ye baru dibojo..lek ora dujakne ae".
Dalam terjemahan bahasa Melayu:
"Kau tengok lah kebun orang cina..baik-baik..kebunnya tidak semak macam orang kita punya..kalau buahnya pulak..cantik-cantik tidak macam orang kita..kalau baru nak ambik buah je baru dikerjakan..kalau tidak..jangan haraplah nak jaga kebun..kau tengok macam mana mereka menjaga kebun kepunyaan mereka (orang cina)..dalam setahun mereka (orang cina) akan membaja pokok paling minimum 3-4 kali..kalau kebunnya orang kita..pokok tidak mahu keluar buah barulah nak membaja..kalau tidak dibiarkan sahaja".
Dalam satu perbualan saya dengan pengusaha tani yang lain pula..dia berkata kepada saya:
"Orang kita (orang Melayu) sombong.kerajaan bagi bantuan benih tapi tidak mahu ambil.bukan susah sangat..buat surat..lepas itu hantar kepada ketua kampung..itu pun payah..dibagi benda "free" suruh usahakan pun masih malas"
Dalam satu perbualan lain antara saya dan si A..si A ini bekerja dengan mengambil upah memotong buah kelapa sawit:
Saya: Cantik betul rumah tu kan?
Si A: Memang cantik..kaya pulak tu..aku kan pekerja dia..kau nak tahu kebun dia luasnya 150 ekar..semua tanam dengan kelapa sawit..kebunya bersih..buahnya (hasil kelapa sawit) macam tak pernah berkurang..makin bertambah adalah..
Saya: Mak ai biar betul..banyaknya..patutlah nampak mewah..
(baru saya perasan rupanya itu kepunyaan orang cina)
Saya: Eh aku ingatkan orang Melayu punya rumah..rupanya Cina
Si A: (Sedikit ketawa) orang Melayu yang kaya sekarang ini sikit sangat..
Saya: Agak-agaknya berapa luas kebun milik melayu persendirian yang ada kat kampung-kampung?
si A: Paling banyak pun 10 ekar..itu pun jarang..biasanya 4-5 ekar..
Didalam fikiran saya terus mencongak untuk mencari nisbah..yelah, kalau begitu..kebun orang Cina 150 ekar milik persendirian..kebun orang Melayu 5 ekar milik persendirian (saya mengambil angka "paling banyak pun 10 ekar")..jadi nilai nisbahnya 1 kepada 15 atau 1:15..saya fikir..besar sangat jurangnya..itu dari segi luas kebun..belum lagi mengira hasil dapatan.
Sekarang congak lagi hasil dapatan..kira kasar iaitu tidak mengambil kira harga pasaran komoditi semasa dan hasil pengeluaran berlebihan..hanya mengambil kira paras harga tertentu dan hasil pengeluaran jangkaan para petani yang mengusahakannya:
1) 2 ekar bersamaan 1 tan matric berat buah kelapa sawit
2) 1 tan matric berat buah kelapa sawit bersamaan dengan RM300
3) Dalam sebulan hasil dituai sebanyak 2 kali
Pengiraan pendapatan orang Cina:
1)150 ekar mengeluarkan 75 tan matric buah kelapa sawit
2)75 tan matric buah kelapa sawit bersamaan RM22500
3)dalam sebulan (RM22500 darab 2) total pendapatan RM45000
Pengiraan pendapatan orang Melayu
1) 10 ekar mengeluarkan 5 tan matric buah kelapa sawit
2) 5 tan matric buah kelapa sawit bersamaan RM1500
3) Dalam sebulan (RM1500 darab 2) total pendapatan RM3000
RM45000 kepada RM3000 bersamaan 45000:3000 = 15:1
jangan marah..tetapi saya ingin katakana bahawa mereka (orang Cina) 15 kali lebih kaya daripada kita..
*Diingatkan sekali lagi ini adalah pengiraan kasar dengan mengambil harga komoditi buah kelapa sawit tertentu dan hasil pengeluaran tertentu.
Kebetulan pada malam itu saya menonton rancangan tv,berkaitan dengan RMK-10 Malaysia..tetamu khas yang diundang bukan orang calang-calang..antara isi kandungan yang saya masih ingat ialah:
1)khazanah-ditubuhkan untuk memegang saham orang melayu yang masih belum mampu dimiliki oleh orang melayu..jadi khazanah sebagai pemegang saham-saham tersebut supaya bertujuan utuk melindungi saham-saham tersebut daripada terjadinya perpindahan saham milik bumiputera kepada bukan bumiputera. Jika kita tengok orang bukan bumiputera..semua habis dijual dalam sehari saham bahagian bukan bumiputera..ada yang tamak, membeli saham bumiputera dengan penama orang bumiputera. Bukan orang bumiputera tidak mahu membeli saham, tetapi duit modal mereka tidak ada.
2)orang bukan bumiputera sibuk bising..katanya RMK-10 "racist"..tetamu khas yang diundang itu menjawap, "ini bukan "racist" tetapi untuk meningkatkan daya saing rakyat Malaysia. Kita tidak mahu jurang ekonomi menjadi pencetus kemarahan kaum yang berbilang diMalaysia. Kita tidak mahu peristiwa berdarah tentang isu perkauman yang menjadi sejarah berulang..kembali membakar di tanah melayu..apa yang kerajaan ingin lakukan ialah memberi daya saing dalam perniagaan untuk bumiputera supaya boleh bersaing dengan peniaga bukan bumiputera yang maju di negara kita ini..kita (kerajaan) bukan bagi kekayaan sama rata..kalau dibuat begitu sampai bila-bila pun kaum bumiputera tidak dapat mengejar kemajuan bidang perniagaan orang bukan bumiputera..sebab sebagai contoh..yang bukan bumiputera kita bagi bantuan kewangan RM1 juta..yang bumiputera kita bagi bantuan RM1 juta juga..ini memberi kekayaan kerajaan sama rata tanpa mengira bumiputera dan bukan bumiputera..semua dapa sama..tetapi kesan dan implikasinya bukan bumiputera akan menggunakan RM1 juta untuk pergi lagi tinggi dalam bidang perniagaan..manakala RM1 juta untuk bumiputera itu akan habis dibelikan barangan..inilah sebenarnya pekung orang melayu..orang melayu mempunyai pemikiran yang kurang bernas..mereka beranggapan duit pegangan mereka hanya boleh ditukar dengan barangan..tetapi orang bukan bumiputera bila sahaja mereka mendapat duit..mereka akan labur dalam perniagaan mereka..itu sebab mereka maju..orang bumiputera bila dapat bantuan kontrak,AP dan sebagainya..mereka pergi jual pada orang bumiputera..contoh AP..dapat sahaja AP diluar pagar itu sudah beratur orang bukan bumiputera mahu membeli AP bumiputera yang kerajaan beri..kalau kerajaan beri sepuluh AP untuk sebulan..satu AP dijual kepada bukan bumiputera dengan harga RM8000..jadi tiap-tiap bulan mereka dapat RM80000..tetapi bila kerajaan sekat..mereka (bumiputera) marah..mengamuk..mahu membuat rusuhan..bagaimana kerajaan mahu memberi AP sebab dia menjualnya kepada orang bukan bumiputera..menyedihkan mereka (bumiputera) tidak punya kedai pun"
Begitulah sedikit sebanyak perbualan yang diperkatakan dan saya masih ingat lagi.kuat digegendang telinga kerana
1) Betul juga kata pakcik ini
2) Satu lagi bukti kenapa ekonomi orang melayu tidak bangkit
3) Satu lagi bukti kerajaan sudah melabur dana yang banyak..usaha pertanian sebagai perniagaan..tetapi kurang mendapat sambutan
4) Apa yang boleh aku buat untuk bangsa aku ini?? inilah pertanyaan yang tidak pernah padam dalam diri..
Ini bercerita tentang ekonomi..sedikit sebanyak gambaran kasar mengenai jurang ekonomi masyarakat saya. Kemudian mari kita jengok pula masyarakat yang guru saya kata "bodoh sombong" ini..antara perbualan si A dan si B..berkisar mengenai ilmu mempertahankan diri..sebagaimana maklum dalam ranking senjata paling bahaya dimuka bumi ini ialah seni bela diri..bukan "machine gun" atau "rifle" hatta nuklear pun bukan..kalau tidak percaya tengok-tengoklah discovery channel..jom kita dengarkan:
Si A: Aku rasa dalam dunia seni bela pertahan diri ini yang paling hebat kungfu, lepas itu taekwando, hebat betul.
Si B: Eh kita orang Melayu kan ada silat, nombor berapa? Ko ingat silat tak hebat ke? Zaman dahulu hulubalang kita jadi panglima dengan silat juga, sekarang inipun tentera dan polis memasukkan elamen silat dalam latihan ketenteraan dan kepolisan mereka.
Si A: Sebab itulah orang kita lembik..sebab belajar silat..ko tengok orang Cina..kuat..hebat..perkasa..orang Jepun pun sama..hebat..sebab itulah aku cakap kungfu dengan taekwando hebat..setakat silat..langsung tak ada kelas..buat malu aku jek..
Si B: Wah bersemangat kau cakap..aku bangga dengan kau sebab yelah ada jugak bangsa kita..belajar seni bela diri bangsa lain..ada variasi dalam seni kita nanti..kau selalu "training" taekwando dengan kungfu kat mana?
Si A: (Sambil ketawa) aku mana reti seni bela diri, aku cakap jek.
Itulah perangai si A sudahlah sombong mengatakan seni bela bangsa Melayu tidak bagus..apa yang bagus semuanya dari luar..kemudian bodoh pula untuk menilai sesuatu walhal bidang yang diperkatakan tidak pernah disentuh walau sedikit pun..sungguh menyayat hati..harta bangsa diinjak..harta orang dikilaukan..bak kata orang dahulu..kera dihutan disusukan..anak dalam buaian mati kelaparan..satu lagi madah orang dahulu..pedagang lalu ditanakkan nasi..suami pulang kelaparan..
Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri..inilah ungkapan yang sesuai untuk orang bukan bumiputera..memang layaklah sebab mereka mengusahakan..mereka dari luar..memang tepat sekali lokasi yang British bawa..kekawasan "tanah emas"..pucuk dicita..ulam mendatang..mahu lari dari dinasti maharaja yang kejam..dibawa pula ke "semenanjung emas"...apabila mereka datang, orang kita ke kampung..memencilkan diri...mengalah dengan membawa diri mengenang nasib perniagaan mereka musnah dimenangi oleh orang minoriti..alangkah baiknya jika waktu itu orang Melayu memanjangkan akal, doa dipohon dan egonya dicampakkan kedalam laut dalam..belajar berniaga dengan orang pendatang yang minoriti bernaung dibawah kerajaan yang sama..bukannya mengalah dan berputus asa..mengubat hati dengan menjadi nelayan walhal mereka sebelum kedatangan orang minoriti adalah jaguh perniagaan di arena kepulauan Melayu...
Disangka perjuangan mencapai kemerdekaan adalah titis-titis keringat keperitan dan kepedihan membela bangsa di tanah air..namun ada lagi yang lebih sukar laluannya..yang dimaksudkan adalah laluan selepas merdeka..
Tiba-tiba terpekik ditelinga nyaring bunyinya.."Si timah tu bodoh betul..laki dia macam tu pun masih lagi sayang".."betul tu mak" kata anaknya...Segera berpaling dan saya lihat biar betul..emak dia cakap "bodoh" depan anak dia selamba jek...asal ajar anak dia cakap begitu...satu lagi yang buat diri ni rasa meluat pun ada sebenarnya..di suatu tempat karnival buku..
Anak: Ayah..ayah...adik nak buku ni boleh?
Ayah: Berapa harga buku ni cik? (bertanya kepada orang yang menjual).
Penjual: RM20 jek encik.
Ayah: Amboi mahal sangat la adik..kalau beli rokok ayah lagi murah.
what is going on?! agaknya si ayah ni agak buta sejarah ye..dia tidak mengetahui dan mengenali asal usul rokok diwujudkan..si ayah ini tadi begitu ego dengan segelumit ilmu yang didahagakan anaknya demi sekotak rokok..ayah ini saya jujur mengetogirakannya sebagai "jahil"..untuk perokok biar saya beritahu anda sesuatu mengenai sesuatu yang anda kata "bosan takde rokok"
Saya ambil daripada sumber http://www.scribd.com/doc/32825711/Rokok-Dan-Faedahnya
Sejarah ROKOK
Menurut Alfred Dunhill (Pengasas Rokok Jenama Dunhill, 1954), pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico sudah pun menggunakan tembakau dalam upacara keagamaan mereka sebelum kelahiran Nabi Isa a.s lagi. Dalam upacara tersebut, mereka menggunakan satu jenis paip untuk meniup asap rokok ke arah matahari dan ke arah empat penjuru bumi. Mengikut anggapan mereka, asap rokok mempunyai sejenis kuasa yang boleh membantu mereka untuk berhubung dengan 'tuhan-tuhan' mereka. Amalan merokok itu kemudiannya tersebar pula kepada kaum-kaum lain di Mexico, terutama sekali kaum Aztecs, yang menggunakan satu jenis batang buluh kecil sebagai paip rokok.
Orang-orang Indian Merah (Red Indian) di benua Amerika itu juga mempercayai bahawa tembakau mempunyai nilai-nilai perubatan. Kira-kira pada tahun 1492, penjajah Kristian berbangsa Sepanyol yang diketuai oleh Christopher Columbus telah menemui kaum Red Indian ini di benua Amerika. Sebagai tanda persahabatan, mereka telah dihadiahkan dengan daun-daun tembakau kering oleh kaum Red Indian. Kemudian Columbus dan rakan-rakannya telah membawa balik benih-benih tembakau tersebut pulang ke Eropah dan dengan itu bermulalah sejarah rokok di dunia.
Orang-orang Kristian dari Eropah itu pula memperkenalkan rokok kepada negara-negara lain yang dijajah oleh mereka. Perniagaan rokok itu mendatangkan keuntungan yang besar bagi mereka. Wang-wang mereka digunakan dalam peperangan mereka untuk menjajah negara-negara lain.
Tumbuhan tembakau moden pula adalah berasal dari turunan dua jenis spesies tembakau iaitu dari jenis Nicotiana Tabacum yang berasal dari Brazil dan jenis Nicotiana Rustica yang berasal dari Mexico. Nama tembakau adalah berasal daripada perkataan 'tabaco' iaitu nama pagi paip rokok yang berbentuk 'Y' yang diperbuat daripada sejenis buluh yang digunakan oleh kaum Red Indian untuk menghisap tembakau.
Amalan menghisap tembakau yang berbalut dengan kertas dan dipanggil dengan nama-nama yang berbeza seperti cerutu dan cigarrete (sigaret) pula adalah berasal daripada Sepanyol kira-kira dalam abad ke-16. Daripada Sepanyol, cerutu dan cigarrete itu tersebar pula ke negara Turki dan Rusia, dan kemudiannya ke Perancis dan England. Pedagang-pedagang bangsa Portugis, Inggeris dan Belanda yang kebanyakannya terdiri daripada pengembang-pengembang agama Kristian memperkenalkan pula amalan merokok kepada tiap-tiap benua di dunia kecuali Australia. Perniagaan rokok adalah sangat maju dan membawa kepada keuntungan yang besar.
Pada peringkat awal, amalan merokok mendapat tentangan yang hebat daripada banya negara di dunia, dari Denmark hingga ke Jepun. Sebagai contoh, Shah Abbas iaitu pemerintah Iran mengharamkan terus amalan merokok kerana beliau menganggap amalan itu sebagai amalan syaitan. Raja Jahangir di India pula mengenakan hukuman potong bibir kepada sesiapa yang didapati bersalah merokok.
Di Turki pula, rokok dianggap sebagai satu amalan yang hanya sesuai bagi 'anjing-anjing Kristian' sahaja. Sesiapa yang didapati merokok akan dikenakan hukuman 'tebuk satu lubang di hidung.' Kemudian lubang tersebut dimasukkan sebatang paip rokok kedalamnya. Seterusnya orang itu akan ditarik dengan keldai ke merata jalan.
Pada tahun 1938, Tanah Besar (China) menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa yang didapati merokok. Russia pula mengenakan hukuman buang negeri ke Siberia kepada sesiapa yang didapati merokok.
Tetapi, semua hukuman berat ke atas penghisap rokok itu mula dihapuskan sedikit demi sedikit apabila para pemerintah di negara-negara tersebut terpedaya dengan tarikan nilai ekonomi dari tanaman dan perniagaan tembakau. Ada juga pemerintah dunia yang cuba memerangi pengaruh rokok, tapi kebanyakannya daripada mereka menggadaikan kesihatan rakyat demi untuk kemewahan dan kepentingan diri mereka sendiri.
Satu fakta penting yang dapat dipelajari daripada sejarah rokok ialah, ianya mula tersebar di dunia kira-kira 860 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw. Sejarah rokok adalah berbeza daripada sejarah arak, kerana arak sudah pun wujud di tanah Arab lama dahulu sebelum kedatangan Rasulullah saw."
Saya yakin semua perokok boleh berubah..sebab saya tahu bukan semua perokok hendak merokok..tetapi percayalah rokok ini telah disihir dan meraka telah menyihir diri mereka sendiri dengan sihir dajjal..perokok telah merelakan diri mereka disihir oleh laknat dajjal..walhal nabi isa dan imam mahdi menentang habis-habisan dajjal sehingga mati..dan tahukan anda dajjal akan dibunuh oleh nabi isa..jadi adakah anda masih menyokong dajjal dan rela roh jasad anda disihir??..
Memberitahu atas dasar kesedaran..ayah tadi akan merasa menyesal teramat suatu hari nanti apabila anaknya sudah tidak mahu membaca (belajar) kerana sikap endah tidak endah kepada anaknya ketika kecil..apa yang boleh saya katakan kepada ayah tersebut "kau jangan menyesal suatu hari nanti kalau anak kau malas membaca dan kau marah dia kerana itu,,,nantikan la templakan anak kau sendiri dan dia menyatakan..membaca ilmu tidak penting apa yang penting rokok"..ketika itu anda pernah terfikir ada orang menegur anda supaya berhenti merokok tetapi anda menjawap dengan selamba "aku hisap rokok tak mati-mati pun"...
Pakar psychology percaya pertumbuhan cara manusia berfikir,sikap yang terbentuk dan karakter mereka ditentukan sejak umur kanak-kanak..jadi jangan kata saya menyokong yahudi kalau saya kata tirulah cara bagaimana orang yahudi membesarkan anak-anak mereka..saya yakin anda akan berasa malu yang teramat..jika anda betul-betul ingin melaksanakan tanggungjawab amanah tuhan anda..
Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata! (36:77) Yaasiin.
0 comments:
Post a Comment