Pages

Internal Blindness

Posted by akhmalbe On 24 May 2010 2 comments




Allah berfirman: "Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut." An Nahl 16:51

Terima kasih atas nabi junjungan Muhammad yang menjual kebenaran,saya sanggup membeli..

Bersabda "Setiap nabi mengingatkan umatnya tentang "antichrist" iaitu golongan yang tidak mempercayai nabi Isa akan kembali, tetapi saya akan memberitahu tentang dajal dimana nabi terdahulu tidak memberitahu,dajal melihat dengan satu mata,iaitu mata kirinya, dia buta pada mata sebelah kanan,bagaikan biji anggur yang terapung tetapi tuhan (ALLAH) kalian bukan mempunyai satu mata,diantara mata dajal iaitu di dahinya tertulis perkataan "kafir" iaitu golongan yang tidak mempercayai ataupun ingkar dan setiap orang mukmin berupaya membaca tulisan tersebut,walaupn dia seorang yang boleh membaca mahupun yang boleh membaca" dari Abi Umamah Al-Bahiliy

Mukmin bukan sekadar melafaz kalimah syahadat,tetapi orang yang menerima dengan hati, lalu menyempurnakan dengan perbuatan. Pertama kali saya mendengar ayat di atas,terdapat beberapa keraguan dan persoalan..

(1)Apa yang cuba saya persoalkan adalah kita menimba ilmu bukan semestinya dengan membaca..
(2)Kalaupun dengan membaca, kita bukan melihat tulisan itu dengan mata sahaja..jika begitu kenapa orang buta masih lagi boleh membaca walaupun mereka tidak boleh melihat?
(3)Kesimpulannya ialah otak ataupun akal yang bekerja semasa proses pembelajaran..bukannya mata..

Syukur kerana Tuhan Maha Kaya..fahamlah saya akan maksud sebenar ayat tersebut..apa yang dimaksudkan ialah panca indera yang kita miliki..logik sains mengatakan mata untuk melihat,telinga untuk mendengar,hidung untuk menghidu, tetapi persoalanya adakah kita tidak dapat melihat selain dengan mata? adakah kita tidak dapat mendengar selain dengan telinga? adakah kita tidak dapat merasa selain dengan sentuhan?

Tetapi Al-quran lagi hebat..Dia kata hati boleh melihat, merasa,mendengar dan memahami..sebab itu mengapa "then ALLAH put nur in their heart..light" by Sheikh Imran Husin...mari kita persoalkan mengapa jika orang yang pempunyai mata yang sempurna dan boleh membaca..tetapi masih lagi tidak boleh membaca tulisan "kafir"? tersebut..jawapannya perkataan "kafir" itu bukan dilihat menggunakan mata..tetapi hati..dia buta di hatinya..dia tidak dapat membaca,menilai dan menentukan yang mana tulen dan yang mana palsu.jadi tulisan "kafir" itu tidak boleh dilihat dan dibaca menggunakan mata..tetapi menggunakan mata hati. jadi orang yang mempunyai iman akan melihat dengan mata hati..orang yang tidak beriman pula akan melihat menggunakan mata..

Jom kita persoalkan lagi..jadi mengapa dajal melihat dengan mata kirinya,dan buta mata kanannya? ini adalah simbol dimana mata kiri adalah "external vision" ataupun pndangan luaran..manakala mata kanan adalah simbol kepada "internal blindness" ataupun buta dalaman..simbol satu mata..simbol dajal..simbol keagamaan..simbol yang banyak..simbol yang perlu ditafsir..


Kamu tahu dimana dajal akan memulakan pemerintahannya? di tanah suci..di dalam kitab Alquran tanah suci bukan Madinah ataupun Mekah, tetapi tanah Masjid Baitulmaqdis..kamu tahu kenapa Zionist beria-ria hendakkan tanah Palestin?..kenapa kamu perlu tahu?..soalan saya tidak bermaksud dan berunjur kearah pembebasan Palestin..tetapi persoalannya mengapa lokasi pemerentihan dajal itu di Palestin? jadi ini semua memerlukan jawapan yang cukup panjang lebar..bermula dari tamadun babylon,firaun,nabi Daud,nabi Sulaiman,nabi Musa dan nabi Isa..



Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.(al-baqarah 2:102)


(1)Babylon-meraka menjadikan orang yahudi hamba,mereka dikurung dan dipisahkan,buku taurat dibakar,sejumlah "rabbi" dikumpul,buku taurat baru hasil ciptaan "rabbi" diberikan kepada orang yahudi..mereka sesat
(2)Firaun-menyambung kisah babylon..orang yahudi dihamba abdikan
(3)Nabi Musa-datang menyelamatkan orang yahudi...bangsa terpilih..
(4)Nabi Isa-disalib oleh puak yahudi itu..

Tetapi mengapa orang Islam yang dahulu menyelamatkan yahudi..kini memusuhi orang islam?adakah mereka lupa tentang sejarah bahawa orang islamlah yang membebaskan mereka dari belenggu Firaun?apa yang sedang berlaku di bumi suci itu sebenarnya?


Golongan "antichrist" ini percaya habis-habisan bahawa nabi Isa tidak akan turun ke muka bumi sebagai penyelamat..mereka benci itu akan terjadi dan mereka tahu jika nabi Isa turun,dia akan berperang menentang dan menghapuskan dajal..hakimun adil...iaitu nabi yang akan menyampaikan kebenaran dan memerintah dengan keadilan..kamu ingat dajal akan berdiam diri? "the false messiah" ialah dajal.."the true messiah" ialah nabi Isa.atas tulisan mereka nampak sungguh berbeza..tetapi atas dunia...hanya orang tertentu sahaja yang dapat membezakannya..

Kamu tahu dimana Nabi Isa akan memerintah? jawapanya tanah suci baitulmaqdis..sekarang kamu nampak hubungannya? zionist memerlukan tanah suci palestin supaya dia boleh membohong kepada dunia bahawasanya dia adalah penyelamat...jika puak zionist berjaya mendapatkan tanah suci sebelum kedatangan nabi Isa...dan setelah nabi Isa datang untuk membebaskan tanah suci daripada cengkaman zionist...bukankah kamu akan fikir orang yang menentang zionist itu adalah penjenayah ataupun pengganas? padahal zionist itu "false messiah" nabi Isa itu "true messiah"...samalah seperti isu World Trade Center.



Pada waktu bila nabi Isa turun..bangsa zionist ini akan memberitahu anda melalui media "kami bersusah payah membina empayar kami ini,jadi tanah suci ini tanah kami...dan tiba-tiba ada pengganas yang inginkan tanah kami dan bertindak jahat keatas kami,marilah sama-sama kita membersihkan orang-orang pengganas ini"..selepas itu anda pun percaya...sebab anda pun sibuk dengan agenda zionist yang mungkin anda sendiri terlibat tetapi anda tidak mengetahuinya..kerja,isteri,harta,anak,keluarga,kereta,gaya,fesyen,mewah,nama,
pangkat,"pointer",kertaspeperiksaan,cantik,handsome,kurus,"makeup",hiburan,makanan,politik,internet,"facebook",konsert,cerita artis dan selebriti panas dan bayak lagi menyibukkan anda untuk tidak perlu tahu sejarah..lalu kita melupakan sejarah..



"Kamu akan dapat apa yang kamu mahu,jadi aku boleh meneruskan agenda menyesatkan kamu,menggunakan kamu untuk mengaut keuntungan,menipu kamu dengan memutarbelitkan sejarah,mengawal kehidupan kamu supaya tida sama dengan kehidupan yang nabi kamu ajar,dan membuat kamu lena dengan keseronokan dunia sampai kamu langsung tidak sempat mengucap sebelum kamu mati sebab dosa kamu memberatkan lidah kamu untuk berbuat demikian" kata syaitan...hanya orang-orang yang terpilih sahaja betul-betul tahu dan dapat membezakan siapa "false messiah" dan siapa "true messiah"..



Akan bersambung dengan tajuk "Bendera Israil" Insyallah .

2 comments:

qila said...

uhmm...bgus2, keep it on =p
penyampaian menggunaan bhse yg rgkas dan mudah difahami.

Anonymous said...

waaa terbaik saya harap semua umat islam bersatu balik

Post a Comment