Pages

Dilema Melayu

Posted by akhmalbe On 13 May 2010 4 comments

Pada penafsiran peribadi sendiri..dilema membawa erti halangan untuk kenapa kita tidak berubah..ia suatu keadaan dimana kita lemah dan longlai untuk melangkah setapak lagi maju kehadapan..buku "Dilema Melayu" yang dikarang sendiri oleh Tun Dr Mahathir menceritakan dan menerangkan sedikit sebanyak isu yang wujud pada kalangan orang-orang melayu kita..pada mulanya ia hanyalah kertas kerja yang diberikn oleh Prof. Ungku Aziz kepada beliau untuk dibentangkan dan dinilai tentang isu mengapa pelajar melayu mempunyai prestasi akademik yang lebih rendah berbanding pelajar bukan melayu..bagi sesiapa yang agak sensetif mengenai isu perkauman saya tidak galakkan anda membaca tulisan tangan blog ini..tetapi saya akan mengatakan tahniah kepada anda sekiranya anda berjaya membuang ego anda dan mengambil munafaat daripada kajian Tun Dr Mahathir sendiri..sebab isu kalau tidak dibincang..ia akan terus menjadi pincang..sebab dilema kalau tidak dibincang..ia akan terus menjadi penghalang..ayuh bangsaku..



Sebenarnya orang melayu itu tidaklah banyak kelemahannya..sejarah membuktikan bahawa orang melayu ortodoks mahir dalam pertukangan dan hal-hal pelayaran..sebab itu kita pernah mendengar..ada orang-orang melayu di Filipina,Myanmar dan lain-lain tempat lagi..kalau hendak bongkak lagi..boleh sahaja kita ceritakan hal sejarah kesultanan melayu Melaka...mana tidaknya..Melaka pernah menjadi pusat pelabuhan entrepot yang terkenal kerana kedudukannya yang strategik pada tahun 1414..bayangkanlah pada waktu itu kesibukan pelabuhan Melaka dan urusan jual belinya ibarat di "wall street"..sungguh mengagumkan lagi apabila Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia menjadi bahasa urusan rasmi pedagang di pelabuhan tersebut dan ianya menjadi "lingua franca"..masyhurnya bumi Melaka pada era tersebut..apa yang saya ingin ketengahkan ialah pada waktu tersebut pelabuhan Melaka dibangunkn sendiri oleh orang-orang melayu!!







Tetapi kini?..adakah ini semua angkara penjajah?..saya akan menguraikan dengan sedikit sahaja..mengikut kepada buku ini..ada dua "element" yang menyebabkan wujudnya dilema dalam diri orang-orang melayu..


(1) Faktor Geografi
Kebanyakan orang-orang melayu pada zaman dahulu tinggal di persisiran pantai dan pedalaman hutan yang terletak jauh dari bandar..masalah yang timbul ialah mereka jauh daripada sumber pembangunan teknologi, ilmu pengetahuan, ubat-ubatan, cara pemikiran baru dan segala bentuk jenis evolusi masyarakat dunia.. sebagai contoh jika orang-orang melayu menghadapi penyakit Malaria..kebanyakan mereka akan mati begitu sahaja tanpa bekalan ubat-ubatan moden yang berkesan..apa yang ada pada waktu itu ialah kepercayaan karut marut..hal ini juga disebabkan pengaruh hindu yang kuat di Tanah Melayu..contohnya percaya pada penunggu hutan, kuasa mistik bomoh, benda-benda keramat seperti keris dan lain-lain barang, kuburan, mitos-mitos yang mudah-mudah sahaja dipertikai, pemujaan peribadatan selain seperti ajaran Islam..mereka tidak berani untuk keluar dan tinggal di bandar kerana kos sara hidup lebih tinggi berbanding di kawasan kampung..lebih-lebih lagi ketika penjajahan British di tanah melayu..orang melayu yang tinggal di bandar terpaksa menjual tanah mereka kepada peniaga-peniaga cina yang semakin maju hari demi hari..duit jualan tanah di bandar tersebut diguna pakai untuk tujuan sara hidup di kampung dan memulakan hidup baru seperti membuat rumah ataupun membeli sampan untuk menangkap ikan..


(2) Faktor Keturunan
Faktor ini melibatkan gen ataupun sel keturunan orang-orang melayu itu sendiri..mengikut kepada hasil kajian beliau..orang-orang melayu dahulu suka berkahwin sesama keluarga..contohnya perkahwinan sesama sepupu..apa yang berlaku ialah sel ataupun gen yang ada pada orang melayu itu semakin lama akan semakin menjadi lemah..baka yang terhasil daripada gen yang lemah akan membantutkan perkembangan otak, saiz tubuh badan, ketahanan biologi daripada terkena serangan penyakit ataupun dikenali sebagai "immune system"..kita ambil contoh sejarah Firaun..orang-orang firaun ini berpendapat dengan berkahwin sesama ahli keluarga sendiri seperti perkahwinan adik beradik dapat mengekalkan darah keturunan asli yang tidak bergabung dengan darah keturunan dari luar..dengan adanya pertalian darah yang kuat ini..kekuasaan pemerintahan dan segala kekayaan hasil bumi menjadi hak mereka mutlak..tetapi akhirnya jatuh menyembah bumi..



4 comments:

qila said...

uhmmm...bt0l2 =p i agree with u.
perkahwinan sesama saudara mmg tidak digalakkan di dalam islam bahkan kalo boleh kita elakkah =p
layu dalam melayu..sedih tgk anak2 melayu skang ni..bangga dengan kehidupan mereka yang mengagung-agungkan budaya barat"ala-ala hollyw00d " p0n ada..bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa memikirkan agama..

akhmalbe said...

itula y dikatakan agama syg kat manusia...tp manusia xsyg kat agama

qila said...

uhm...nk lagi!! cepat2 lah upload..

Encik Kaiser said...

wow..sudah ader blog..tahniah3x~

Post a Comment