Pages

Bangsa Bani Jawi.

Posted by akhmalbe On 10 June 2010 0 comments



Di semenanjung tanah jawi iaitu tanah semenanjung Malaysia, rakyatnya digelarkan bangsa Jawi (tempat banyaknya emas) iaitu daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s dari isterinya Siti Qantura yang berkembang di banjaran Gunung Himalaya yang kemudian berkembang di sekitar Kemboja atau Champa,Siam (Thailand) dan akhirnya menyusup ke Tanah Melayu (bekas jajahan British iaitu Malaysia) serta Nusantara (bekas jajahan Belanda iaitu Indonesia).

Berdasarkan cerita asal mengenai riwayat Nabi Sulaiman,baginda pernah belayar ke suatu tempat yang dinamakan Gunung Ophir,tiada siapa tahu tempat sebenar terletaknya gunung tersebut,sesetengah pendapat mengatakan ia berada di New Zealand,Afrika selatan yang sememangnya terkenal dengan pengeluaran emas terbesar didunia dan jangan terkejut ada juga yang berpendapat ia berada di Tangkak,Muar iaitu lebih tepatnya "Gunung Ledang".

Mengikut kepada cerita itu Nabi Sulaiman telah membawa sejumlah emas didalam kapal pelayaran baginda.Apa yang saya faham, jumlah emas ini agak banyak dan besar nilainya,mungkin bertan-tan emas dan juga perak. Selain itu juga kenyataan bahawa bukti yang kukuh mengatakan Gunung Ophir itu sebenarnya adalah Gunung Ledang ialah terdapatnya "the almug (algum) tree" (seperti gambar di bawah).Pohon ini dikatakan sebagai pohon yang digunakan untuk membuat tiang-tiang "the First Salamon's Temple".Lebih mengejutkan lagi apabila ia hanya ada dan tumbuh dengan "sihatnya" di kawasan Asia Tenggara.


Bercerita mengenai pelayaran Nabi Sulaiman saya difahamkan bahawa baginda belayar dengan hanya berpandukan teknologi pengiraan jarak dan arah tuju dengan melihat bintang. Mengenai teknologi pengiraan menggunakan arah tuju dan juga kedudukan bintang, ia bukan sesuatu yang baru dalam dunia kejuruteraan lokasi, ia satu teknologi yang hampir tepat dengan teknologi yang kita ada sekarang ini dari segi "accuracy"nya. Salah satu struktur bangunan yang menggunakan elemen yang sama ialah piramid. Puncak ataupun "vertex" yang dibina pada piramid bukanlah kedudukannya sembarangan. Tahukah anda titik puncak di piramid itu adalah simbol dan lambang penyatuan tenaga "jahat" untuk dua alam yang berbeza.

Dahulu, ketika di sekolah menengah guru saya turut memberitahu bahawa Tanah Melayu dinamakan dan juga dikenali "tanah emas". Tetapi pada waktu itu saya cuma hanya mendengar tanpa menyoal dan bertanya, sebab itulah mengapa British berminat untuk menjajah Tanah Melayu. Mari kita selidik sedikit mengenai siapa British. British merupakan salah satu negara Eropah dan juga merupakan negara Sekular pertama wujud didunia. Sebenarnya pemerintahan sekular bermula ketika era kerajaan Rom yang menawan Jurusalem.

Ketika zaman pemerintahan Rom, sebenarnya masih lagi terdapat penduduk kaum Yahudi yang masih lagi kuat berpegang pada ajaran "torah" ataupun dikenali sebagai "Old Testament". Jika kita mempunyai masjid sebagai pusat ibadat, demikian juga dengan bangsa seagama mereka. Bangsa yang sama, tuhan turunkan kitab dan rasul. Walaupun kami berbeza umat rasul dan juga kitab,tetapi persamaannya ialah kami hanya menyembah-Mu Ya-Allah. Berbalik kepada tempat ibadat mereka, ia dinamakan "haikal"."Haikal" dibangunkan sendiri oleh Nabi Sulaiman pada waktu pemerintahannya. Kedudukan binaan bangunan ini dikatakan tepat dengan kubah al-Sahra terletak di bukit Morovia.

Semasa bermulanya era pemerintahan kerajaan Rom ini mereka berpendapat agama orang Yahudi ini, tidak sedikitpun mendatangkan mudarat kepada struktur kerajaan orang-orang Rom ini, namun setelah sekian lama berada di Jurusalem mereka merasa sedikit demi sedikit bahawa jika sesuatu tidak dibuat mereka akan kehilangan tanah agung itu iaitu Jurusalem. Sebab mereka tahu siapa yang memerintah Jurusalem dialah yang akan memerintah dunia. Kerana hal itu juga dajjal hendak berpusat di Jurusalem, bagi merealisasikan cita-cita tersebut lalu kerajaan Rom telah merobohkan "haikal". Marahlah mereka kerana kejadian itu lalu ada yang lari meninggalkan Jurusalem dan berikrar untuk tidak kembali lagi ketanah "suci" yang telah "dikotori" oleh tangan-tangan perosak seperti yang diceritakan didalam Al-quran.

Dan kalau sekiranya Allah menyiksa manusia disebabkan usahanya, niscaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi suatu mahluk yang melatapun akan tetapi Allah menangguhkan (penyiksaan) mereka, sampai waktu yang tertentu; maka apabila datang ajal mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya.
Surah Faathir (35:45)

Orang-orang Yahudi Orthodoks yang saya maksudkan sebagai orang Yahudi yang masih kuat pegangannya kepada ajaran Nabi Musa, yang saya anggap sebagai saudara saya sendiri. Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri." Ali 'Imran (3:84).

Marahnya orang-orang Yahudi Orthodoks ini, dibuktikan dengan sumpah setia tidak akan kembali sehinggalah munculnya "penyelamat" ataupun "messiah" iaitu mengikut kepada kitab Mormon dikenali sebagai "Yesus Kristus" ataupun yang kita kerap dengar diungkap hampir disemua "movie" dan juga produksi hiburan Hollywood sebagai "Jesus Christ".kitab Mormon adalah kitab rujukan ke-15 bagi orang berhaluan kristian-zionis daripada 66 kitab rujukan mereka,ia diasaskan oleh Joseph Smith Jr. Kitab ini menceritakan tentang kedatangan nabi penyelamat iaitu Nabi Isa, serta riwayat hidup baginda daripada sejak kelahiran,disalib dan akhirnya kembali menerajui bumi sebagai nabi penyelamat.

Juga didalam kitab ini di sebut tentang "tanah yang dijanjikan" iaitu tempat bertapaknya kerajaan "the new world order" yang saya rasa hampir siap dibina. Hanya menunggu sedikit sahaja masa lagi. Mungkin 10-20 tahun lagi atau mungkin lebih awal dari jangkaan saya sendiri (Allah lebih mengetahuinya) dan kemudian dirasmikan sepenuhnya oleh dajjal.Cuma saya khuatir akan kemunculannya nanti. Kerana kita umat Islam masih lagi tidak bangun dari tidur yang tersangat cukup nyenyaknya. Tuhanku, tunjukkanlah aku ke jalan-Mu.


Izinkan saya menghurai sedikit mengenai "Jesus Christ" ini. Syeikh Ahmad Deedat (Al-Fatihah keatasnya) dalam ceramahnya pernah mengulas mengenai hal ini. Dalam siri hujahnya beliau berkata,"where they got the words Christ, David?
Moses? are those name were mention in their holy books?in Quran?" mestilah jawapannya tidak. Jadi mengapa mereka menukarkan dan mengadaptasikan secara sesuka hati dalam versi bahasa mereka sendiri? apa hak mereka?

Biarlah soalan itu saya tangguhkan kepada anda untuk berfikir sejenak. Ada diantara orang Yahudi ini telah terpesong agama dan ajaran peribadatan mereka kerana musnhanya "haikal" kerana ke"ego"an kerajaan Rom. jadi ada yang telah berpendapat rukun iman orang yahudi ini telah ditambah satu lagi bahawasanya mereka tidak boleh kembali hanya jika "messiah" telah memimpin Jurusalem. Kemudian sesetengah pendapat "Rabbi" turut menekankan sesiapa yang mengingkari rukun iman yang baru itu, dia dikira "murtad". Begitulah bermulanya era pemerintahan sekular pertama didunia iaitu kerajaan yang memisahkan antara agama dan pemerintahan negara.

British jugalah yang mewarisi kerajaan sama seperti kerajaan Rom. Dimana kerajaan yang sama menjajah tanah Melayu,sudahlah datang tidak dijemput, malahan menyusup masuk menyebarkan ajaran kristian, menghabiskan kesemua kekayaan bumi ini, memporak perandakan tanah melayu dengan sistem sosial dan ekonomi mengikut kaum, konsep "devide and conquer" juga digunakan sama seperti konsep jajahan dunia tanah Arab yang begitu "efficient",menjatuhkan pemerintahan kerajaan Johor-Riau yang menguasai hampir semua kawasan kepulauan Indonesia,Singapura,Kalimantan dan Riau itu sendiri, mengurangkan pengaruh kesultanan Melayu kepada hanya tinggal mendominasi dalam hal-hal agama dan adat istiadat sahaja, juga British yang mengorek semua telaga bijih besi dan bijih timah di kawasan Johor (negeri darah tumpahku sendiri iaitu dikawasan Sri Medan dan peristiwa itu ada kaitan sejarahnya mengapa di Batu Pahat ada pekan yang dinamakan Tongkang Pechah),Negeri Sembilan,Perak dan juga Selangor,juga yang mencuri segala kekayaan balak dari Sabah dan Sarawak. Mengorek segala telaga arang batu,bauksit dan segala macam hasil bumi lagi yang mungkin dicuri tetapi tidak disenarai rasmikan seperti emas.

Mengapa emas? Emas merupakan tempat kedua dalam senarai barangan bernilai di muka bumi ini. Tempat pertama dimiliki oleh makanan dan ketiga ialah perak. Emas ini pada anggapan hampir semua masyarakat dunia sebagai satu elemen barang yang mempunyai nilai estatikanya yang tersendiri. Ia unik dan menjadi lambang kemewahan.Bak kata nabi Muhammad S.A.W "lelaki akan lemah pada wanita,wanita pula akan lemah kepada emas". Walaupun saya berpendidikan dalam dunia kejuruteraan tetapi saya tidaklah dungu untuk mengetahui nilai emas yang tidak pernah turun harganya malahan harganya akan terus naik. Malah sesetengah pendapat pakar perniagaan juga jutawaan dunia ada menyatakan didalam bukunya "jika anda ingin memulakan perniagaan menjual, juallah emas,kerana disitu hampir tiada rugi dan barangan itu kekal dalam permintaannya walaupun pengeluarannya berkurangan kerana kurangnya lombong-lombong emas didunia ini" berbanding dengan nilai mata wang kertas yang saya jangka akan lingkup dek perbuatan penjenayah ekonomi dunia juga kerana wang kertas ini tiada pegangan kukuh kerana ia bergantung sepenuhnya pada pengeluar dan juga pasaran ekonomi yang sememangnya dimonopoli oleh Zionist sepenuh-penuhnya.

Suatu hari nanti duit-duit kertas yang dilazimkan dengan Yen,Ringgit Malaysia,Dollar,Pound Sterling,Rupiah dan macam-macam lagi akan tinggal jadi kertas. Tiada lagi nilainya pegangan yang ada seperti sekarang dan masa itu, dunia akan menjadi kelam kabut, sistem ekonomi akan lumpuh sepenuhnya. Jika kita pernah berdepan dengan masalah krisis ekonomi dunia yang melibatkan Malaysia pada tahun 1997/1998, ianya sudah cukup menyeksakan. Bayangkan kesusahan pada kali ini pula mungkin 50-60 kali lebih sukar. Tiada lagi syarikat-syarikat yang akan melabur ataupun kapal-kapal yang berada di pelabuhan. Tanda-tanda kiamat saudara-saudaraku sekalian. Juga tanda semua ini telah dirancang oleh Zionist untuk menubuhkan satu dunia baru,negara pemerintahan baru (new world order),pemerintah yang baru (dajjal),duit yang baru (electronic money that stand upon gold),agama yang baru (false messiah),fahaman yang baru (satanism) dan segalaya baru demi untuk menentang musuh-musuh mereka iaitu tentera bersekutu diketuai oleh Nabi Isa dan pembantunya Imam Mahdi.


Moga Allah masukkan kita kedalam golongan orang yang ditunjukkan mana satu Isa dan Mahadi sebenar dan Dajjal itulah musuh-musuh Allah sebenar.Amin..

Firman Allah di dalam Al-quran mengenai nabinya Isa a.s (true messiah or al masih)..

Dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa.An Nisaa' (4:157)

Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara. An Nisaa' (4:171)

(Ingatlah), ketika Allah mengatakan: "Hai Isa putera Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir diantara mereka berkata: "Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata." Al Maa'idah (5:110)

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?." Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib." Al Maa'idah (5:116)

Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi,Maryam (19:30)

Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. Al Maa'idah (5:78)


Saya akhiri "post" blog ini dengan "quote" daripada kata-kata syeikh Imran Husin sendiri..."modern western civilization has an unwritten conception of the end of history which is connected with the holy land.there is an actor at work in modern western civilization which is constantly using modern western civilizaion to archieve his objectives and i recognize that actor to be the false messiah,DAJJAL!!"

0 comments:

Post a Comment