Pages

Usaha mengenal diri

Posted by akhmalbe On 19 June 2010 0 comments

Usaha mengenal diri

Sebelum kita mengenal dunia luar yang lebih rumit dan mencabar serta sukar dihurai walaupun dengan berupa seribu patah kata nescaya belum pasti membuat orang faham..atau kalau faham pun hanyalah pada pemahaman pembacaan..bukan lagi pengisian sebenarnya yang hanya pengalaman sahaja mampu menjadi guru sebenar..ada baiknya kita berkarib dengan diri kita sendiri..Kekuatan dan kelemahan diri itu haruslah diketahui sepenuh-penuhnya dan harus sentiasa terus diperbaiki dari masa ke satu masa yang lain..ianya bukan usaha yang "meletup" setakat itu sahaja...betul ianya harus "meletup" tetapi berterusan..istiqamah itu perlu dalam semua hal kerana itulah bukti dan lambang kita ini tidak mengalah dalam isu yang betul dan menegakkan yang benar..mengusir yang palsu..

Sebelum usaha membaik pulih keadaan islam terutama islam-melayu itu sendiri ayuh kita muhasabah dengan apa yang berlaku pada diri kita.Persoalan pertamanya ialah..adakah kita betul-betul menjaga lima pintu gerbang cakera tenaga dalam diri kita? Apakah lima cakera tersebut? Untuk perkongsian bagi pembaca blog saya ini,saya akan menyatakan lima jenis pintu cakera yang ada dalam diri kita ini..Tidak guna kalau kita sibuk berbincang itu dan ini tetapi tiada penyudahnya yang berkesan untuk menangani sesuatu isu tersebut..semoga dengan adanya ilmu yang dikongsi dapat kita memertabatkan bangsa dan agama islam itu sendiri...amin..

1)Cakera kemaluan.

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.Al Israa'(17:32)

Hal ini sangatlah penting dan perlu dipandang serius..pengaruh daripada pusat hiburan dunia, Hollywood sering menghentam keras kepada ketakpaan kita dalam bersosial..pengaruh ini nampaknya seperti tiada apa dan tidak "efficient"..itu bagi kita yang mempunyai ilmu..ilmu yang tahu membezakan hidup cara nabi dengan hidup cara orang kafir,orang yang pintu hatinya ditutup oleh Allah..Saya berasa amat terkilan bila melihat isi akhbar dan ruang berita di "main stream media" kita hari ini,berkisar mengenai isu kena serbu dan "rush" didalam kelab-kelab,rumah urut dan pusat pelacuran,isu buang bayi luar nikah,kes tertangguhnya taraf kerakyatan anak yang baru lahir itu kerana ketiadaan bapa,beranak di dalam tandas,gugurkan anak bersepah..awal-awalnya apa? saya cinta awak..saya rindu awak..saya sayang awak..saya cuma tengok vcd lucah..saya pegang-pegang "jek",bukan buat betul-betulpun...saya tengok di televisyen "diorang" main cium-cium mulut selamba "jek"..bila ditangkap berdua-duan.."kami cuma berkawan sahajalah encik...tak buat apa-apa pun"...kalau sudah rasa patut berkahwin..kahwin sahajalah..kalau rasa belum hendak kahwin..tetapi nafsu melampau..puasalah...kalau anda lelaki..suka kepada perempuan...itu biasalah..normal..."tak da masalah der" sama jugak kalau anda perempuan..suka kat lelaki..tetapi kitakan bangsa bertamadun..beragama..ada cara kita hendak bergaul..mulut bersyahadah tetapi anggota berpaling tadah...tolong jangan malukan nabi kita..kata orang-orang cakap siang bisik-bisik,,cakap malam pandang-pandang...ayuh pandanglah masyarakat kita..saya ada pandangan saya sendiri terhadap masyarakat khususnya belia kita..belia yang menjadi pewaris dan bakal peneraju kerajaan..mempunyai tiga jenis macam..

-jenis pertama
Belia yang bijak..masuk sekolah berasrama penuh..berusaha gigih dan bersungguh serta berlumba-lumba mengejar ilmu..dapat kumpul banyak-banyak "A1"..masuk universiti..keluar "graduated" dapat kerja yang "besar"...gaji "besar"..tapi jiwanya kosong..hatinya terpesong terkena penyakit "wahn" terlalu cintakan duniawi yang sebenarnya hanya tempat singgahan dagangan..tertipu dengan sekularisme barat yang kononnya bangsa maju..mempunyai tamadun terulung dan patut dijadikan contoh..apa yang saya boleh katakan ialah mereka ini terlalu mengejar profession keduniaan...sudah bijak didunia sepatutnya bijak untuk menghadapi akhirat bukan? tetapi kenapa lain yang terjadi..hebat sungguh pengaruh-pengaruh idea dajjal ini...lari laju-laju boleh...tapi hati-hati..takut tersungkur jatuh menyembah bumi...

-jenis kedua
belia yang sebenarnya bijak..juga masuk ke sekolah tetapi mereka ini kurang bijak dalam menghargai peluang meraih ilmu dengan banyaknya di sekolah..dari segi akal dan daya pemikiran...meraka bukan lembab..sebenarnya ada penyakit yang hadir dalam diri mereka..penyakit ini saya boleh klasifikasikan dalam dua jenis..penyakit pertama iaitu penyakit dalam diri mereka sendiri...sikap negatif seperti malas mengulangkaji matapelajaran,tidak dapat mengurus masa untuk soal hal kehidupan dan pelajaran,terlalu mengikut rakan sebaya yang hanya idamkan keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan,ketika dalam kelas mereka ini jika tidak faham malu untuk bertanya..kononnya takut diejek..kalau tidak faham pun tidak apa..jika peperiksaan dapat lulus..cukuplah!! tidak menghormati guru lagi setelah guru itu menegurnya,walaupun kalau dihayati teguran itu cukup berguna..bangsa melayukan memang terkenal dengan isu cepat naik marah dan merajuk tidak tentu hala atau lebih tepatnya terlebih sensitif..penyakit kedua ialah faktor luaran dimana mereka ini mendapat tekanan sebenarnya daripada pihak luar..mungkin daripada keadaan suasana tempat mereka belajar..tekanan dimana murid-murid lain pandai..tetapi mereka tidak..tekanan dan sindiran daripada keluarga yang membeda-bedakan tahap kemajuan dalam akademik contohnya juga boleh menjatuhkan moral semangat mereka..tekanan daripada guru-guru yang sekarang ini lebih fokus untuk menaikkan reputasi dan prestasi sekolah..bukan lagi isu dan menerapan ilmu kedalam murid-murid sekolah..isu yang bermain dalam diri mereka sendiri oleh sebab hal luaran..maksud saya ialah mereka ini mendiskriminasikan diri dengan beranggapan pelajar sastera tidak setanding dengan pelajar sains..ada sesetengah mereka juga berpendapat guru memilih kasih dengan memberi sepenuh perhatian kepada pelajar sains..tapi lain pula layanan yang diberi kepada pelajar sastera..bukankah "every man in this world have their own particular job where only he can do the job..not others"

-jenis ketiga
belia yang tahu tentang haluan hidupnya..belia seperti ini selalu mencari-cari yang terbaik untuk agamanya..dia tidak kisah kalaupun dia dikatakan apapun..yang penting dia tahu kepada siapa dia bersembah..belia seperti ini kalis daripada sekularisme,imperialisme,kolonisme dan juga segala bentuk jajahan rohani yang songsang yang dibawa musuh islam seperti bangsa yahudi dan nasrani yang terbukti menolak islam itu sendiri..belia yang mempunyai luhur keperibadian yang unggul..belia yang waktu malamnya sentisa beribadat..mengingat akan tuhan yang disembah..kata-katanya ibarat penawar duka juga penyelesai masalah..sahsiahnya seperti para ulamak (orang yang berilmu) bukan seperti lembu yang dicucuk hidungnya..belia yang mempunyai pendirian mampan..dilapik dengan pegangan Alquran dan hadis..hatinya selalu damping dengan ilmu-ilmu mengenal dunia dan akhirat sebab belia seperti ini sebenarnya yakin bahawa orang yang ingin berjaya didunia memerlukan ilmu..orang yang ingin berjaya diakhirat juga memerlukan ilmu..bagi orang yang ingin mencapai kedua-duanya juga memerlukan ilmu..

Kita tergolong dalam jenis yang keberapa? saya tahu bukan mudah untuk kita menghasilkan bangsa belia jenis ketiga..tetapi biarlah adanya kesedaran itu..kesedaran untuk bangun menjadi bangsa jenis ketiga..orang yang lena..jika tidak dikejut..manalah dia tahu hari sudah petang...jadi harus dikejut.."Ali sudah petang ni..kau dah solat zuhur? sudah mandi? sudah makan?" dalam hal lena sebenar "Ali sudah jauh bangsa kita tertinggal ni..sudah ada rancangan kau untuk menaikkan bangsa kita? Kau dah berusaha? Sudah cukup ilmu kau?"

2)Cakera perut.


Maka makanlah dari sebagian rampasan perang yang telah kamu ambil itu, sebagai makanan yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Al Anfaal (8:69)

Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.An Nahl (16:114)

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.Al Baqarah (2:168)

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.Al Maa'idah (5:88)

Halal lagi baik..itu yang selalu ditekankan..kalau enjin kereta perlukan minyak berkualiti supaya enjin didalamnya turut bersih dan lancar..begitu juga halnya dengan sistem penghadaman kita..perlunya makanan yang penuh dengan zat,vitamin,mineral,karbohidrat,pelawas dan segala bentuk jenis bahan kimia yang baik untuk tubuh badan kita seperti kultur, makanan itu pula mestilah suci daripada kekotoran ataupun masih dalam tempoh baik untuk dimakan..jangan pula memakan makanan yang sudah "expired"..mengurangkan makanan rapu dan berlemak serta berkolestrol tinggi..tidak terlalu manis,masin dan jika boleh tidaklah menggunakan MSG dalam masakan seharian kita..tangan orang islam yang memasak..lagi baik kalau tangan itu tangan yang telah disucikan dengan wuduk yang sempurna..niat yang baik sebelum,semasa dan selepas memasak..yang halal? mestilah bukan makanan atau minuman yang jelas keharamannya jika tidak berlaku darurat..contohnya memakan daging anjing,babi atau meminum arak dan lain-lain lagi..juga halal daripada sumber pendapatan untuk membeli makanan itu sendiri..bukanlah daripada pekerjaan haram seperti berjudi atau hasil daripada mencuri..tidak juga makanan itu daripada hasil curi atau tanpa kebenaran..kurangkan memakan makanan dalam tin dan juga makanan segera kerana pernah saya membaca satu artikel yang mengatakan makanan segera dalam tin itu layaknya hanyalah untuk anjing..bukan manusia..maafkan saya kerana tidak menjumpai artikel tersebut..jika sesiapa ada bolehlah bagitahu saya..bukankah makanan halal lagi baik itu akan menjadi sumber tenaga dan darah daging kita sendiri..dibina dengan penuh barakahNya


3)Cakera hati.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.Al A'raaf (7:179)

Hati adalah raja..manakala akal pula adalah perdana menterinya..itu yang ustazah saya sebut dan masih lagi saya ingat sehingga hari ini..raja yang "baik" tidak terlalu terburu-buru mengikut nasihat perdana menterinya..ingat dalam hal ini perdana menteri ialah seorang raja..keputusan ada ditangannya..dimana raja yang baik..bererti dia mempunyai hati yang tuhan beri "nur" atau cahaya untuk merentas kegelapan..membezakan juga yang hak dan yang batil..yang tuhan telah buka seluas-luasnya pintu hatinya untuk merasai kebebasan dan keluar daripada lembah jahiliah..raja yang nampak tentang masa depan..bagaimana untuk kita mendidik hati..perlulah jangan ada hasad dengki,dendam serta iri hati..tidak mendatangkan sedikit kebaikan pun..bahkan orang yang berdendam ini doanya ditangguhkan..sebab itu kebanyakan pakar motivasi dan psikologi seperti Datuk Dr. Hj Mohamad Fadzilah Kamsah dalam ceramahnya seringkali berkata "jika kita inginkan kehidupan yang ceria..jangan kedekut untuk bersenyum dan tolong sebelum kita hendak tidur..cakap dekat diri kita..doakan kat diri kita..doa yang bagaimana..Ya Allah ampunkanlah dosa orang-orang yang telah membuat dosa kepadaku dan ampunilah dosa mereka"..maafkan orang lain itulah kunci perdamaian..kunci hilang hasad dengki dan dendam kesumat..kunci kepada ketenangan hati dan jiwa wahai pembaca..Hati tidak tenang macam mana hendak dapatkan ilham?macam mana hendak terima ilmu yang baru? hatinya kotor..ingat ilmu hendak melekat? sudah tentu tidak..saya ada sedikit tips untuk orang yang jiwanya kacau..banyak sebablah kalau hendak cerita mengapa hati jadi runsing itu...setiap masalah ada penyelesainnya bukan? penyakit hati tidak tenang ini ada penawarnya..Allah SWT berfirman:

(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.Ar Ra'd (13:28)

4)Cakera lidah
.

Orang kata,lidah itu lagi tajam daripada mata padang..jika realiti sudah tentulah pedang lagi tajam..buktinya pedang boleh memotong lidah..tetapi lidah mana boleh memotong pedang...tetapi lidah ini boleh membuatkan keadaan kucar-kacir,orang lain musuh-memusuhi..boleh terjadinya juga peperangan disebabkan lidah..contohnya pada zaman orang kristian dan orang islam duduk bersama di Jurusalem suatu ketika dahulu..pada waktu itu terdapat salah faham yang kecil diantara orang kristian dan orang islam..tidaklah begitu besar halnya..tetapi dilihat oleh seorang beragama kristian ini..kononnya mereka bertelagah dan hampir orang kristian itu ingin dibunuh..kemudian orang-orang gereja pun marah kepada orang islam dan kerajaan menjadi kucar-kacir kerana busuknya lidah yang berkata hal yang tidak betul..lidah ini perlu dijaga demi kesinambungan melengkapkan diri kita..menjauhi sifat mengumpat dan bercerita tentang hal keburukan orang lain..selalulah bercakap mengenai isu yang mendatangkan faedah dan kebaikan bersama..bukan yang mendatangkan musibah dan sia-sia belaka..tidaklah omong-omong kosong sahaja..tetapi setiap janji yang dilafazkan dengan lidah perlulah dikotakan..jadilah kita orang yang tidak bercakap bohong dan juga menokok tambah hal yang tidak terjadi dan tidak sepatutnya ada pada peristiwa yang tidak berlaku..pernah saya mendengar cerita tentang kisah pada zaman nabi..dirinya tersangat jahat dan sedar penuh dengan dosa-dosa masa lampau..segala macam bentuk kejahatan dilakukannya..demi menurut hawa nafsu yang menghala ke neraka..didalam kisah itu dia telah dibukakan pintu hatinya untuk kembali menjadi seorang mukmin..pemuda itu bertanya kepada nabi SAW "bagaimana untuk aku bertaubat dan meningalkan teru segala amalan jahilku dahulu" baginda menjawap "perlulah kamu menjauhi dan tidak sekali-kalipun bercakap bohong pada semua orang"..ringkas bukan? hikmah tidak bercakap bohong ini besar..letaknya kepercayaan orang pada kita ialah pada kata-kata kita...budi itu penting..marilah sama-sama kita mencontohi nabi kita yang digelar "orang yang bercakap benar"

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar,Al Ahzab (33:70)

5)Cakera akal.


Akal adalah pancaindera yang paling bernilai dalam diri manusia..paling mahal..Ianya satu anugerah besar yang diberi kepada kita sehinggakan darjat kita diangkat sebagai sebaik-baik ciptaan.Maafkan saya jika pendapat saya ini anda tidak setuju..tetapi inilah pandangan saya..jika manusia ini tidak berakal..kita sebenarnya sama seperti binatang..atau mungkin lebih teruk daripada mereka..terima kasih atas anugerah ini yang jika dibeli dengan segala isi alam ini pun belum tentu dapat dibeli..tetapi rakan-rakan..kekuatan akal kita ini sebenarnya boleh dikawal daripada "input" luaran..ia bleh dipengaruhi secara sedar atau tidak sedar..senjata utama zionist untuk mentadbir bumi ini ialah dengan "mind control"..kalau syaitan tidak mengawal pemikiran kita..jangan ingat mereka akan berjaya menakluk Jurusalem..persoalannya bagaimana mereka melakukannya? jawapannya TELEVISYEN..medium penyampai yang saya rasa semua rumah kediaman termasuk rumah orang asli di dalam hutan itu pun ada "tv"..siap astro lagi..bayangkanlah..kita semua membesar dengan televisyen bukan? rancangan kartun,animasi,sukan,politik,isu hangat artis,tentang kerjaya dan banyak lagi..semua ini dibuat dan dilaksana dengan penuh teliti dan ada rancangan disebaliknya..isu remeh diperbesar-besarkan dan dibincang dengan serius..mengalahkan masalah negara..tetapi masalah umat diringan-ringankan..seperti manusia ini kalau tidak ada agama pun tidak mengapa..
bangun-bangun!!! inilah sebenarnya matlamat mereka..mereka ini golongan dajjal..matlamat mereka ialah memisahkan hidup kita dengan agama..disini saya sertakan dua matlamat rasmi syaitan dan plan yang akan terus menerus dilaksanakan..
  • Menghapuskan kitab injil atau "holy bible" tanpa membakarnya. Anda pernah jumpa kitab injil yang asli? sebab itu ada agama kristian ini..dalam kristian pun mempunyai fahaman yang bermacam-macam mengenai nabi Isa..ada yang kata nabi Isa nabi terakhir..ada yang kata nabi Isa anak tuhan..mereka itukan sesat..kenapa mereka buli kita juga orang islam yang tidak sesat ini?
  • Membuat segala macam propaganda dan tipu daya kepada manusia supaya mereka ini tidak percaya bahawa syaitan itu wujud Jika hal ini berjaya..sudah tentulah berjayanya syaitan ini mengatakan tuhan dan Al-quran itu palsu dan salah..merekalah yang betul..bukankah didalam Al-quran ada mengatakan “Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali dengan tujuan agar mereka beribadah kepadaku saja” (Adz Dzariyat 56)..kalau jin tidak wujud pada pemahaman dan pengetahuan manusia sudah tentu kita akan terus menolak Al-quran..berjaya lagi si Dajjal ini..asyik mereka sahaja berjaya..kita pula bila?

Sama-samalah kita menjaga dan memelihara akal kita supaya bersih dan dipenuhi dengan segala macam ilmu..ilmu dunia dan ilmu akhirat..ada satu kisah bahawa seorang rakan bertanyakan kepada rakan yang lain..dia berkata "kau rasa kalau jual otak orang yahudi,kristian dengan islam..mana satu yang mahal?"..kawan A menjawab "mestilah otak orang yahudi sebab mereka memang pandai dalam selok belok ilmu terutama ilmu teknologi"..lalu kawan B juga menjawap "mestilah otak orang islam sebab mereka tidak menggunakan sepenuhnya otak mereka dan kalau kita beli boleh la kita isi dengan segala macam ilmu..kita akan jadi lebih pandai"..renung-renungkanlah jawapan fakta dari kawan A dan juga sindiran daripada kawan B...fikirkanlah sahabat...

wasalam..

0 comments:

Post a Comment